4.29.2012

Kenapa A. Samad Said Tak Pakai Baju BERSIH..

Sedang berhimpun di tengah-tengah lautan manusia berhadapan dengan Masjid Jamek, tiba-tiba seorang member menyapa... A. Samad Said! Ambik gambar!!! Ambik gambar!!!

 Dari jauh macam A. Samad Said.... Tapi bila dah dekat rupanya salah orang...

4.27.2012

BERSIH 3 : Nama & Nombor Yang Perlu Dihubungi Jika Ditahan

KUALA LUMPUR: Badan Hak Asasi Manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan menempatkan pasukannya di beberapa lokasi yang dijangka menjadi tempat berkumpul peserta perhimpunan Bersih 3.0 esok. Pasukan itu akan membantu sekiranya ada individu yang ditahan polis.

Berikut merupakan lokasi, nama dan nombor yang boleh dihubungi sekiranya ada peserta yang ditahan polis atau pihak berkuasa.

1. Central Market -Nalini Elumalai: 019-3043159 -Sarah: 018 3181179 
2. Masjid Negara -Syukri: 011-15542640
 3. Jalan Sultan -Maisarah: 012-2187476
 4. Masjid India -Andika: 016-2247255
 5. Brickfields -Theva: 013-3845740
 6. KLCC -Hasbee: 014-9254010

Manakala nombor telefon pejabat Suaram ialah 03-7784 3525 (Diane).

Orang ramai hanya perlu menghantar sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip nama, no kad pengenalan atau pasport serta balai polis di mana individu tersebut dibawa atau ditahan.

Suaram juga mengingatkan peserta "Duduk Bantah" agar tidak panik jika ditahan polis atau penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apa yang harus dilakukan hanya bertenang dan terus menghubungi pihak Suaram. - HD

BERSIH Tetap Diteruskan...

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.


4.25.2012

KEKOTORAN YANG PERLU DI 'BERSIH' KAN!!!

Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!

1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun...

Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR PENDEDAHAN:

Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!!

Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB! Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!

Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!!

Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!! Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !


Pendedahan awal di buat oleh blog Semut dan Kekunci .... kredit untuk edyesdotcom

4.19.2012

Tolong Jawab Pak Menteri... Jangan Singsing Lengan!

Hari tu Shahrizat dengan haiwan ternakan dia, hari nie Menteri BN pulak dengan artis seksi.... Jangan singsing lengan udah lerr...

Jawab jangan tak jawab...

PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya. -HD

4.06.2012

PLKN Vs PTPTN

Cuba siasat syarikat siapa yang dapat tender untuk membuka kem PLKN, tender untuk membekal makanan, membekal pakaian, membekal segala peralatan dan kemudahan kem.... 

Tentunya syarikat kroni dan koroni dan korni lagi... dan lagi dan lagi... lagi.... lagiiii dan lagiiiiiii!!!!




Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinajaman PTPTN



SEREMBAN, 6 April: Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.

Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani (gambar atas) yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini memaklumkan, seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas.

Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Berdasarkan angka itu, kata Taufek, kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.

Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Kenyataan beliau dipercayai untuk mewajarkan cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.

Antara tunggak utama perbelanjaan pelajar IPTA adalah yuran pelajaran, asrama dan makan.

4.04.2012

Sokong BERSIH 3.0


Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu
berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

4.01.2012

Pengiraan Gaji Baru JPA


Untuk maklumat pengiraan gaji baru perkhidmatan awam sila klik di sini

PTPTN : Pemikiran DSAI Lebih Kehadapan Berbanding Pemikiran Menteri

Pemikiran DSAI 3 tahun lebih kehadapan berbanding pemikiran Menteri yang menjaga Kementerian Pengajian Tinggi... Nie lah bezanya pemikiran idea dari pemimpin Pakatan rakyat berbanding pemikiran dari pemimpin sang pemerintah. 


Hujah yang dilontarkan oleh DSAI dalam menyelesaikan beban hutang PTPTN ada lojiknya. Menguruskan pendapatan negara dengan cara lebih berkhemah adalah salah satu jalan yang dapat menangani masalah PTPTN. Jika kita lihat dari Laporan Ketua Audit Negara bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan kepincangan, kelemahan dan juga ketirisan yang berlaku menunjukkan kelemahan kerajaan yang memerintah sekarang ini.


Rata-rata pemikiran dari kalangan pemimpin-pemimpin BN hanya ingin menyelesaikan masalah dalam tempoh jangka pendek sahaja lebih-lebih lagi dalam bahang suasana PRU 13. Mereka menabur wang ringgit untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat seperti memberikan BR1M kepada mereka yang berpendapatan kurang RM300.00. Pelajar-pelajar sekolah mendapat wang RM100.00 dan pelajar-pelajar IPT diberi kupon RM200.00 untuk membeli buku.


Hari ini jika kita lihat permasalahan yang ditanggung oleh rakyat bukan hanya dalam lingkungan jangka pendek malahan lebih dari tempoh itu. Beban harga barang yang sentiasa naik tanpa dibendung oleh pihak Kementerian yang bertanggungjawab memantau harga barang lebih memeritkan kesengseraan rakyat bawahan dan pertangahan khususnya.


Namun apa pun jalan penyelasaian bagi merungkai permasalah yang ditanggung oleh peminjam -peminjam PTPTN yang dilontarkan oleh DSAI samada dapat diterima atau tidak bergantung kepada kepercayaan dan pemikiran rakyat yang kini lebih matang menilai dan seterunya membuat perhitungan pada PRU 13 nanti.


Kita tunggu dan lihat samada golongan-golongan muda yang kini bergelar mahasiswa-mahasiswi ini menerima cabaran yang dilontarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi atau sebaliknya. Malahan cabaran itu sebenarnya juga patut disambut oleh ibu bapa yang mempunyai anak penanggung PTPTN, ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal ke IPT, ibu bapa yang mempunyai anak di tingkatan 3, 4 dan 5 (tempoh yang diberi oleh DSAI)..... 


....dan tak lupa juga kepada penanggung-penangggung PTPTN yang telah bekerja samada yang telah membayar (harap-harap dapat dipulangkan balik), atau yang sedang membayar, atau baru mula nak bayar, atau yang baru dapat surat peringatan, atau ... sesiapa saja yang anti PTPTN!!!!!

Lontaran Idea DSAI

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

Cabaran Oleh Menteri Pengajian Tinggi

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.

Semua anak muda penanggung beban PTPTN WAJIB sambut cabaran yang dilontarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails