3.28.2012

RAFIDAH TERSASUL...

Nampaknya Nek Fidah dah tersasul.... Nak sebut "Kak Ijat" dah jadi "pijat". Tapi yang tersiratnya 1Malaysia dah tau....


Apa pun rakyat yang akan membuat keputusan dalam PRU 13 yang akan datang. Samada nak bakar "pijat" atau nak bakar kelambunya sekali.

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.

Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."

Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.

Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

"Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan.

"Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.'

"Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan.

Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu.

"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.

"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.

Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut.

Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat.

Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008.

"Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya.

"Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan.

"Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi.

3.23.2012

Bapak Menteri... Anak Genster!!

ANAK BAPAKKKKK......


Kata pepetah orang-orang lama... "Bapak Borek... Anak Rintik"

Cerita lanjut klik di sini

3.21.2012

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


FORMAT PENGHANTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 901023045657 BC0001A040. Hantarkan SMS ke 15888.


SELAMAT MAJU JAYA!!!!

3.12.2012

'CIMB Group' Penipu!!!

Baru-baru nie pada 7 Mac 2012 Wak dapat email dari 'CIMB Group' suruh update akaun.

Nie dia punya arahan :

Wak saja klik pada perkataan 'here':

Please do complete the update process by clicking here

Dan ini yang dipaparkan..... 


SAH EMAIL PENIPU!!!!

Sebab apa yang dipaparkan adalah ruangan untuk kita masukkan User ID dan Password. Sedangkan sekarang ini pihak bank (CIMB Clicks) telah adakan 'Secure World' untuk keselamatan akaun pengguna.Terima kasih kepada pihak CIMB Bank kerana telah mengupdate sistem perbankan internet demi keselamatan para pengguna.

So kepada rakan-rakan... berhati-hatilah di laman internet. Mereka sentiasa mencari mangsa tanpa berputus asa. Mereka menunggu kealpaan kita untuk memperdayakan kita semua....

3.09.2012

SBPA : Yang Tersirat dan Yang Tersurat...

Tiada lagi gaji baru SBPA bagi kakitangan awam. SBPA sudah tinggal “sejarah”. Yang ada sekarang ini adalah gaji baru SSM . Seperti dijangka,  ada yang puas hati, ada yang tidak puas, itu perkara biasa dalam pada kerajaan melaksanakan sesuatu dasar. Sukar untuk memenuhi kehendak & impian semua penjawat awam sehingga masing-masing benar-benar berpuas hati.
Tetapi persoalan & pertikaian yang bagaimana? Adakah membawa kritikan yang membawa kebaikan ataupun hanya menghentam semata? Walauapapun Skim SBPA sudah tinggal sejarah. Segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan “skim SBPA dahulu” hanya membuahkan hasil untuk tempoh beberapa bulan.
Kalau sebelum ini ada pelbagai kontroversi yang muncul sejak pengenalan skim SBPA ini diperkenalkan. Kemudian mahu diadakan semakan semula ke atas SBPA dan akhirnya SBPA ditangguhkan sebelum keputusan muktamad diambil oleh pihak kerajaan semalam yang mahu SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SMM yang bakal ditambahbaik.

Gaji Baru SSM Bagi Kakitangan Awam – Pelarasan 7 – 13%

  1. Struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan setelah mula diperkenalkan pada 1 Januari lalu
  2. Kakitangan awam akan kembali semula menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Tetapi….
  3. Tetapi, Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.
  4. Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  5. Bagaimana mekanismanya, semuanya akan dibincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti
  6. Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan saja membabitkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara
  7. Memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari dengan pembatalan dasar SBPA.
Gaji Baru SSM – Pecahan Pelarasan Gaji SSM
  1. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan pelaksana & P&P (gred 1-54) – kenaikan 13 %
  2. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred Utama & Khas C/B/A – kenaikan 9%
  3. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 2 dan 3 - kenaikan 8%
  4. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN – kenaikan 7%

Struktur Gaji SSM Ditambahbaik

  1. SSM diubah daripada struktur Jadual Gaji Matriks kepada  Jadual Gaji Minimum-maksimum
  2. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu iaitu RM80 – RM320.
  3. Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54

Elaun Sara Hidup – Cola Naik

  1. Elaun Sara Hidup (COLA) kawasan B dan C naik RM50
  2. Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) = naik daripada RM200 ke RM250 sebulan.
  3. Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan C (pedalaman) =naik daripada RM100 ke RM150 sebulan

Insentif Lain

  1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  2. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012. Kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara. Oleh itu, guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi
  3. Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja tersebut


Dilaporkan pelarasan gaji pula akan berkuat kuasa 1 Januari 2012, dan ini bermakna semua kakitangan awam akan menerima gaji tertunggak. Manakala Gaji baru SSM kakitangan Awam akan mula dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.


Sumber : Berita Semasa

3.08.2012

SBPA BATAL.... Duit Rakyat Terkorban Lagi!


Pagi tadi kat ofis agak kecoh jugak laa bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Ada yang bagi respon positif.... Ade jugak yang salahkan Cuepacs terutamanya mengutuk Presidennya... Datuk Omar Osman. Wak pun tak nak komen pasal menda nie sebabnya memang ada kelemahan dalam perlaksanaan SBPA yang pihak JPA terlepas pandang atau pun memang nie lah kesannya jika sesuatu perkara itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa perundingan yang baik.

Apapun pemansuhan SBPA ini telah menunjukkan kelemahan pentadbiran JPA yang gagal memikul amanah PM untuk sektor awam dalam menyelaraskan soal gaji dan perkhidmatan kakitangan kerajaan hingga terbatalnya SBPA. Sepatutnya pengumuman PM selaku Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 tentang SBPA diurus oleh JPA secara berhemah dengan kerjasama padu Cuepacs dan beberapa agensi yang berkaitan.

Jika kita lihat pembatalan dasar seperti SBPA ini selepas diumumkan penguatkuasaan pelaksanaannya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.Persoalannya mengapa pihak kerajaan melalui JPA terburu-buru mengumumkan pelaksanaannya meski pun masih belum ada konsensus menyeluruh daripada golongan penjawat awam?...

Rata-rata penjawat awam telah menandatangani borang opsyen SBPA... Berapa banyak kos wang ringgit rakyat hangus begitu saje ... Duit kertas... duit ink printer... duit toner mesin photostat... Ditambah lagi dengan perbelanjaan road show untuk memberikan taklimat kepada seluruh kaki tangan awam di seluruh negara....

Akhirnya.... DUIT RAKYAT TERKORBAN LAGI....

Sedar tak sedar.... sebenarnya kesan dari kelemahan kepimpinan yang ada sekarang ini seluruh rakyat menanggung kenaikan harga barang kesan dari gembar-gembur kenaikan gaji kakitangan awam melalui SBPA... Bak kata pepatah lama "telor sebijik riuh sekampung!!!"... Belum sempat orang nak merasa gaji baru, pihak pasar raya dah mula mengkaji kadar kenaikan harga barang...


Semua barang dah naik... susu anak naik.... ikan, ayam & sayur kat pasar pun dah naik....  Bila SBPA nie dah mansuh, agak-agak laa peniaga kat pasar @ pasaraya tuu nak turunkan semula harga barang ... Dah semua naik, mana nak turunnya.... Tapi kita semua patut bersyukur kerana masih ade yang tak naik.... HUJAN!!! Hujan turun....

Jika kita imbau kembali ... begitulah yang terjadi kepada dasar PPSMI yang deperkenalkan oleh zaman pemerintahan Dr Mahathir. Satu dasar pendidikan yang dilaksanakan secara terburu-buru tanpa membuat kajian yang mendalam kesannya terhadap sistem pendidikan negara.

Hasilnya ... DUIT RAKYAT TERKORBAN LAGI DAN LAGI DAN LAGI...LAGI...LAGI....

TENGKORAK Dijual Kat Pasar Borong

Mari...mariiiii.... lelong... Lelong!!! Macam-macam ada!!!





3.03.2012

Iklan : Produk Kesihatan Untuk Lelaki

BEAUTY UMAR


Apakah itu Umar?

Manly Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki . Khasiiatnya telah diperakui mujarab dalam memperbaikki sistem dalaman badan serta memperbaikki sistem pengedaran darah dalam badan kita. Herba-herba serta bahan-bahan yang digunakan adalah yang terpilih serta terbaik masakini. Banyak testimoni terkini menunjukkan Umar dapat menambahkan seri kulit, memperbaikki sendi-sendi dan urat saraf, menambahkan tenaga dalaman untuk lelaki serta pelbagai penyakit dalaman dan luaran. Yang paling penting, kesihatan kita akan semakin baik dan terjamin jika menggunakan Umar secara konsisten serta mengikut cara-cara yang betul. Bagi yang sudah berkahwin, tanggung jawab kita sebagai suami akan dapat ditunaikan dengan dengan lebih baik samada lahiriah atau batiniah, insyaallah.

Kandungan utama Umar : Saw Palmetto, Tongkat Ali, Macca, Tribulus Terrestris, Mulra Puama, Ashwaganda (ginseng india), Biji Labu, Epimedium, serbuk madu, Garcinia Cambogia, Tamarind , Payllium Husk dan perasa Lemon.

Fungsi Umar

1. Meningkat tenaga kelakian
2. Memekatkan air mani dan menyuburkanya
3. Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi)
4. Menambah tenaga batin
5. Menguruskan badan dan menghilangkan perut buncit
6. Membuang toksin dalam badan
7. Membuang angin dan melancarkan pengaliran darah
8. Meransangkan keinginan jimak
9. Menegang dan mencantik kulit
10. Senang tidur dan buang air besar
11. Mengelak penyakit kencing manis dan darah tinggi
12. Mengatasi masalah prostat serta kencingl tak lawas dan banyak lagi…

FAKTA BEAUTY UMAIRA

  • diluluskan oleh KKM;
  • ditanggung halal oleh JAKIM;
  • rasai kesannya selepas 5 hari penggunaan, teruskan guna sampai habis;
  • tiada pantang larang;
  • tiada kesan sampingan.

CARA PENGUNAANNYA :

  • Bancuh dengan air suam, kacau dan terus diminum. 1 sachet sehari selepas sarapan pagi. Boleh juga diambil sebelum sarapan.
  • Bagi yang mengidap penyakit kencing manis/darah tinggi – ambil 1/2 sachet sehari untuk permulaan. Hendaklah diminum 2 jam selepas ambil ubat hospital.
  • Ambil 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang terbaik.

HARGA PROMOSI BEAUTY UMAR

Harga Pasaran bagi Beauty Umar & Umaira TERMASUK Adam & Hawa : RM 289.00 sekotak (penggunaan sebulan), tetapi harga kami :
* Beli 1 kotak : RM 230.00
* Beli 2 kotak : RM 450.00
* Beli 3 kotak : RM 645.00
FREE POS untuk Semenanjung Malaysia. Untuk Kos Pos Sabah/Sarawak sila email @ sms pada +6012-6103619

CARA TEMPAHAN :
  •  Tempahan melalui e-mail : mdemran69@gmail.com 
  •  Tempahan melalui SMS : +6012@6103619
  •  Maklumat yang perlu email @ sms : Nama, alamat, no phone dan bilangan kotak produk    Beauty Umar serta maklumat pembayaran
CARA PEMBAYARAN :
  • Anda boleh bank-in salah satu daripada 2 akaun utama iaitu :-
MAYBANK
http://www.rizi-biz.com/weblama/smsrizi/images/mb2u_logo.gif  
Nama Akaun : MD EMRAN SAIDI
No. Akaun Maybank : 105064259547

CIMB BANK
http://www.rizi-biz.com/weblama/smsrizi/images/cimb_bank_logo1.gif

Nama Akauan : MD EMRAN SAIDI
No. Akaun CIMB: 4832588822

Selepas membuat bayaran, sila email @ sms 
maklumat pembayaran :
  • Tarikh dan masa bank-in
  • Jumlah RM







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails