7.14.2011

Bersih 2 : Lahirkan 1Malaysia Sejati


Himpunan BERSIH 2.0 yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 yang lalu telah menimbulkan momentum kuasa rakyat. Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan terpahat dalam sejarah, kerana rakyat dari segenap pelusuk tanahair berani keluar menyatakan pendirian mereka.

Meskipun diancam, diugut, disekat dan ditangkap, rakyat sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai halangan ini. Puluhan ribu, bahkan sesetengah penganalisis meletakkan angka ratusan ribu rakyat membanjiri ibu kota untuk bersama-sama berhimpun dalam himpunan BERSIH 2.0 tanpa mengira bangsa da agama.

Himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu membuktikan satu demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat negara ini dengan melibatkan pelbagai kaum.

Persahabatan dan silaturrahim yang ditonjolkan oleh pelbagai kaum membuktikan rakyat negara ini secara umumnya inginkan satu proses pilihan raya yang bersih dari pelbagai sudut.

Gambar-gambar yang tersebar luas menunjukkan ada orang India yang rebah kerana sesak nafas dibantu oleh budak Melayu yang berkopiah, ada orang Melayu yang rebah, ada budak Cina yang datang membantu yang membuktikan pelbagai kaum bersatu dalam demonstrasi Bersih 2.0.

Rakyat Malaysia boleh hidup aman damai dan bersatu sekiranya pemerintah dapat melaksanakan dasar-dasar yang boleh menimbulkan perpaduan di kalangan rakyat

Demontrasi aman Bersih 2.0 kali ini amat memberangsangkan kerana melibatkan rakyat Malaysia di seluruh dunia seperti di Australia, Mesir, England, Kanada, Taiwan dan banyak lagi bandaraya dunia luar.

Perhimpunan aman kali ini telah melakarkan satu wadah baru dalam lanskap sosio politik Malaysia. Sekiranya rakyat berbilang kaum boleh berarak dan berhimpun bersama-sama untuk satu tujuan dan matlamat yang diidami, maka tidak ada alasan mengapa kepimpinan pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat tidak boleh terus mara memimpin agenda perubahan untuk Malaysia dan mengembumikan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.

Menerusi perhimpunan itu, rakyat menuntut kerajaan melaksanakan 8 perkara iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails