6.23.2011

Pakai baju Kuning Tak Pe... Jgn Otak Kuning ..


Nampaknya bertambah meriah bila cerita pasal Himpunan Bersih 2.0 nie. Ada puak yang menyokong.. Ada pulak puak yang menentang... Ada jugak puak yang menyebok... Yang lebih syoknya, ada puak yang meroyan tak tentu pasal.

Itu tak boleh.. ini tak boleh... Itu salah ini salah!!! Jual baju warna kuning pun kena tangkap... La nie jual VCD Blue tak pe asal jangan jual VCD Yellow @ Kuning...

Ada orang mula meroyan... Fobia dengan warna kuning. Nampak air jagung (air cedok) kat tepi jalan pun dah meroyan. Nampak kereta warna kuning, terus kena tahan. Macam-macam yang disoal.... Ada jugak puak yang meroyan tahap gaban, nampak traffic light warna kuning jee terus menggigil tak boleh nak drive... Akan datang dah tak nak guna lagi traffic light warna kuning, tukar warna biru laa pulak...

Ada puak nampak jee orang pakai baju kuning disuruhnya balik tukar baju, pakailah baju apa pun janji jangan warna kuning... Terutama hari Sabtu.. Jangan pakai baju kuning....

Tauke pisang pun dah mengeloh... Talak untung... Banyak pisang masak tak laku, banyak yang busuk... Orang ramai dah takut nak beli pisang sebab warna kuning... nak beli pun pisang yang masih hijau... Takut nanti bawak balik pisang warna kuning kena tahan kat tengah jalan.... nampaknya lepas nie tauke pisang boleh jual satu jenis pisang jeeee.... Pisang masak hijau!!! Itu pun bahaya jugak... Sebab ada puak-puak yang fobia tengok warna hijau... macam-mcam ada...

Wak dah tak larat nak crita pasal warna kuning nie.... Apa pun Wak sambut kempen pakai baju kuning setiap hari Sabtu (pada 25 Jun dan 2 Julai). Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen meng 'KUNING' kan 1Malaysia!!!

Penyokong BERSIH diminta berbaju kuning

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.

"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.

Kemeja-T BERSIH 2.0 sedang dijual tetapi dalam kejadian semalam, seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dan diminta memberi kenyataanya berhubung penjualan baju berkenaan.

Menurut ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie, ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.
"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.

Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.

"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.

14 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails