6.17.2011

Awas Utusan! Bantahan Besar-besaran Jika Enggan Mohom Maaf!!!

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung siaran karikatur yang menghina Islam.

Tempoh seminggu ini bermula daripada tarikh karikatur 'kekeliruan kes rogol' tersebut disiarkan iaitu pada Rabu lalu.

Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak Utusan Malaysia di ibu pejabatnya, Jalan Chow Sow Lin, dekat sini pagi ini.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, DPPP tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan secara besar-besaran bagi memastikan desakan itu berjaya.

"Desakan kita ini sebagai satu mesej bahawa tindakan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan pelukis kartun tersebut adalah satu kesilapan besar yang melibatkan hukum hakam Islam," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum pagi tadi (gambar).

3 comments:

  1. Hampa semua ni Tak Walaa' pada ulamak ni, Kan Tim Mursyidul dah habaq utusan Tak Haram jadi kena faham la,apa yang disiarkan boleh di baca. Buat apa nak marah dekat utusan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails