1.30.2010

Kepala Babi : Banyak Persoalan Yang Meragukan

Empat kesimpulan besar berhubung kes kepala babi di masjid Taman Medan :

Pertama: kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua- Kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih tepatnta Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia haram dalam Islam.

Ketiga- Ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang ekstremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Dan keempat- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi hutan itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki bukan orang awam biasa yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus melainkan dia seorang yang mempunyai kuasa.

Sape nak jawab nie.... Jawab jangan tak jawab. Akhirnya rakyat yang akan membuat pengadilan. Semoga Malaysia negara ku tercinta dijauhi dari rusuhan kaum ataupun agama. Kita berharap agar semua rakyat berbilang kaum melihat lebih matang isu ini supaya keharmonian dapat terus kita kecapi.

Dalam kejadian 27 Januari lalu, dua bungkusan masing-masing berisi dua kepala babi hutan dilemparkan di perkarangan masjid Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa.

1.27.2010

Lontar Kepala Babi : Melampau nie.....

Kepala babi dilontar di dua masjid...

TERKINI dikemaskini 11:05am Kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Taman Sentosa.


Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.


Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.


Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.


Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu.


Menurut wartawan Malaysiakini, yang berada di lokasi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.




KEMPEN BOIKOT PTPTN

BOIKOT jangan tak boikot...



Isu PTPTN nie telah diulas oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman web beliau yang bertajuk ‘Masalah PTPTN & Cadangan Kaedah Islam’. Memang wajib bagi kita umat Islam boikot PTPTN selagi ia tidak menurut kaedah Islam. Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Ini merupakan satu kempen kesedaran mengenai risiko dan bahaya apabila meminjam PTPTN.

1. Ramai mahasiswa yang menyesal tak sudah setelah meminjam PTPTN.

2. Peminjam PTPTN terpaksa menanggung FAEDAH yang cukup tinggi untuk melangsaikan hutang mereka.

3. Lihat sahaja sendiri FAEDAH yang dikenakan pada ruangan DEBIT.



4. Katakan TIDAK kepada PTPTN.

Sumber : mahasiswa_united - Tranungkite


1.26.2010

Saman Guru Besar : Dah Rujuk KSU KPM?

Pasangan guru saman guru besar, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta


LARANGAN-LARANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Antaranya.....

Membawa Prosiding Undang-undang Dan Bantuan Guaman - Peraturan 22

Seseorang pegawai tidak boleh membawa apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan peribadinya akibat daripada tugas rasminya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Ketua Setiausaha Kemanterian Pelajaran Malaysia.

Disamping itu seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman berbangkit dari perbicaraan mahkamah yang dibawa terhadapnya atau tugas-tugas rasmi boleh memohon bantuan guaman kepada KSU KPM melalui Peguam Negara


ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar, memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terbabit dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang juga Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan "serangan" terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. - Bernama

Zulkifli Noordin Tetap Berkeras

Tidak akan menarik balik laporan polis.....

Anggota parlimen kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli, daripada PKR, berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama malam semalam.

Tindakan Beliau ‘Membantu Umno’ – Syed Husin Ali

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno", kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

"Tindakan melalui blog atau media yang dilakukan Zulkifli bukanlah kali pertama. Ini perkara yang serius," tambahnya.

Beliau diminta mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS, Khalid Samad kerana berkata, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.

Tindakan Disiplin Terhadap Zulkifli Noordin – Datuk Zaid Ibrahim

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyokong tindakan disiplin dikenakan kepada Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar baru, Zulkifli Nordin kerana mendakwa Zulkifli sering membuat tindakan yang melampau.

Zaid merujuk kepada tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Saya harap parti lebih serius kali ini untuk ambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media di kediamannya pagi tadi.


1.24.2010

Tunku Ibrahim Ismail dimasyhur Sultan Johor

Daulat tuanku...



JOHOR BAHRU - Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam dimasyhurkan sebagai Sultan Johor bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat kelmarin.


Istiadat pemasyhuran berlangsung di Istana Besar di sini dengan watikah pemasyhuran dibaca oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda sebelum itu menandatangani watikah pelantikan pada pukul 10.15 pagi bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail, 77, yang mangkat kelmarin.




1.23.2010

Istiadat Pemasyhuran Sultan Johor Jam 2 Petang

Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar...

Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.

Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini, adalah seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan.

Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.

Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti berteraskan kerja-kerja sosial yang diilhamkan baginda sejak 2001.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor, dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia, pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Tunku Ibrahim yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika.

Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.

Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.



Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Al-Fatihah....

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan apan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.



1.22.2010

9 Kesalahan Serius Denda Maksimum RM300

Memandulah secara berkhemah....

Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina akan bermula dari 8 hingga 22 Febuari ini. So korang belajarlah menjadi pemandu yang berkhemah terutama dalam tempoh ops nie. Dan kalau boleh kita amalkan pemanduan berkhemah nie secara berterusan.

Antara kesalahan yang disenaraikan sebagai kesalahan serius dan dikenakan denda maksimum RM300 adalah seperti berikut :

1. Tidak memakai tali pinggang keledar
2. Tidak memakai topi keledar
3. Memandu melebihi had laju
4. Memotong di garisan berkembar
5. Memotong barisan
6. Tidak mematuhi lampu isyarat
7. Menggunakan lorong kecemasan
8. Memandu secara berbahaya
9. Membawa muatan lebih had


"PANDU CERMAT DUIT SELAMAT!!!"

Sabar Ustaz sabar...

Ustaz Tahfiz Menggila...

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153) dan
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang shalih dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran. Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”

Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)


KUALA LUMPUR: “Hang (kamu) jangan bagi aku jadi gila...” tengking seorang ustaz sebelum menjadikan seorang remaja sebagai mangsa amukannya dalam kejadian di sebuah rumah yang dijadikan pusat tahfiz di Taman Melawati, dekat sini, Selasa lalu.

Akibatnya, remaja berkenaan, Nazmil Hazwan Zaini, 14, cedera di kepala, kaki dan tangan kerana mendakwa ustaz terbabit memukul kepalanya dengan rotan selain memijak kepala.

Menceritakan kejadian itu, Nazmil Hazwan berkata, dia pada mulanya terbangun dari tidur jam 3 pagi kerana sakit perut.

“Sejurus terjaga, saya bergegas ke tandas dan selepas itu kembali ke bilik, namun ketika itu ada seorang rakan belum tidur dan saya bertanyakan kepadanya kenapa masih berjaga.

“Rakan memberitahu dia tidak dapat tidur lalu kami berbual sekejap kerana saya juga sukar melelapkan mata selepas sakit perut,” katanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik ditendang sebelum terlihat kelibat seseorang membawa lampu suluh menghampirinya.

“Sebaik menghampiri, saya baru perasan orang itu ustaz dan dengan lantang dia mengatakan jangan buat dia gila sebelum secara tiba-tiba menghayunkan rotan beberapa kali yang tepat mengenai tengah kepala saya.

“Ketika itu, saya hanya mampu merayu dia menghentikan perbuatan itu, namun dia makin menggila apabila terus memijak kepala saya sambil memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.

Menurut Nazmil, selain dia, dua lagi rakannya turut mengalami nasib sama apabila mereka menjadi mangsa belasahan ustaz terbabit, namun kecederaan dialami tidak seteruk dirinya.

Menurutnya, selepas puas membelasah dan melepaskan geram, ustaz terbabit dengan nada marah meminta dia memanggil bapanya datang menjemputnya keesokan harinya.

1.21.2010

Surau Pulak Dibakar

2 surau alami kebakaran kecil...

MUAR 21 Jan. - Dua buah surau di bandar ini mengalami kebakaran kecil awal pagi ini dipercayai akibat perbuatan khianat.


Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi di Surau Silaturahim, Jalan Ismail Omar, manakala kejadian kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh.


Berikutan jarak antara kedua-dua surau berkenaan kurang daripada 1 kilometer, polis percaya kedua-dua kebakaran berkenaan berlaku pada waktu hampir serentak dan dilakukan golongan yang sama.


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai kejadian kebakaran di Surau Silaturahim pada pukul 3.50 pagi.


Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

Ura-ura Nak Hapus Elaun COLA

Hapus Cola jejas prestasi sektor awam : Cuepacs

Apalah nasib malang penjawat awam. Nampaknya sekali lagi para penjawat awam akan menghadapi satu ujian getir apabila elaun Cola akan dihapuskan.... lari badget!!!


Dahlah bonus tak de.. Yang RM500 tuu kira wang ehsan je tuuu. Tapi kami penjawat awam tetap bersyukur. Bak kata P. Ramlee... COOBAANNNNNNN!!!!!


Trend pemerintah terkini.... kerajaan satu demi satu memotong perbelanjaan mereka dan secara langsung menyusahkan hidup rakyat di negara ini seperti mengurangkan subsidi minyak dan gula. Namun mencanangkan satu dunia 'ekonomi negara dalam keadaan baik'.


Yang pelik bin herannya..... F1 boleh pulak dibagi peruntukkan RM1 bilion. Bola sepak dapt pulak RM1o juta. Rezeki dia orang la tuuu.


Kalau dah tak de duit sangat... Wak rasa lebih baik tutup saje kem PLKN. Kat situ je dah berapa ratusan juta duit rakyat tergadai. Remaja kita cam tu jugak... Merempit , buang anak bertambah, gejala sosial menjadi2... Tak nampak kesannya sangat.


Entahlaaa.... dah letih nak bercakap. Biarlah orang2 atas tu pikir . Pikir guna otak sikit. Jangan asyik pikir pasal soal remeh temeh. Pikir masalah rakyat... 1 Malaysia "Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan!!!'.


SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.


Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. “Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.


“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.


Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.


Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.


“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.


Pengguna Internet Berhati-hati

Amaran ancaman keselamatan pengguna internet...



SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.


Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

24 Penjawat Awam Terlibat Seludup Pasir

SPRM tahan 34 individu terlibat seludup pasir ke negara jiran


PUTRAJAYA 20 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes kecurian dan penyeludupan pasir ke negara jiran dan menahan 34 individu di seluruh negara, sejak semalam.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tangkapan itu melibatkan 24 penjawat awam, lima orang awam, tiga pekerja swasta, seorang pegawai khas kepada ahli politik dan seorang setiausaha sulit kepada ahli politik.


"Sejak tahun lepas, SPRM menerima 410 maklumat berkaitan kes ini. Bertindak atas maklumat ini kita jalankan intipan, pemerhatian dan seterusnya siasatan dan hasilnya kita telah memulakan operasi minggu lepas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.


Mohd. Shukri berkata, jumlah anggaran wang rasuah bagi kes itu melebihi RM280,000 dengan nilai suapan antara RM500 dan RM50,000 seorang.

"Ada kes-kes wang rasuah diterima secara bulanan dan terdapat tiga kes melibatkan rasuah seks,” katanya.


Beliau berkata, pemberian rasuah itu dipercayai bagi tujuan memproses permohonan permit pasir, mempercepat permohonan permit pasir dan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang membawa pasir keluar tanpa permit. - Bernama


Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.


Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)


KESAN-KESAN RASUAH


Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.


Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.


Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Sama-samalah kita renongkan.....


1.20.2010

8 Lelaki Direman - Kes Pembakaran Gereja

Bawalah mereka kemuka pengadilan.....

Dua beradik dan bapa saudara mereka adalah antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.

Semua suspek berumur antara 21 hingga 26 tahun. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi tadi.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.

"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan jam 3.30 petang, ketika menerima awatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


Bakri berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan.


"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, anakala lima lagi adalah kawan mereka.

"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.


Rokok : Dulu, kini dan selamanya....

Penguatkuasaan yang lemah...

# SEKURANG-KURANGNYA 20 kawasan telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok di negara ini tetapi para perokok seolah-olah mendapat ‘kebebasan’ melanggar peraturan itu.

# Tinjauan sehari Unit Khas Utusan Malaysia mendapati, di beberapa kawasan hospital dan pusat perubatan masih kelihatan petugas dan orang awam menghisap rokok.

# Kegagalan pelbagai kempen kerajaan termasuk Klinik Berhenti Merokok dikaitkan dengan ‘kedegilan’ atau kurangnya kesedaran para perokok terhadap bahaya menghisap rokok.

Lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam

-Datuk Nooh Gadut (Penasihat Majlis Agama Islam Johor)

Tip ini mungkin berguna untuk anda yang masih merokok...

Langkah 1 BERSIHKAN
Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2 BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.

Langkah 3 LAKUKAN SAHAJA
Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara ” cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.

Langkah 4 TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.

Langkah 5 BERFIKIRLAH SECARA POSITIF
Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.

Langkah 6 DAPATKANLAH SOKONGAN
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7 MELAWAN KEINGINAN MEROKOK
Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.

Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka

Gembira dan bersyukur.....

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.


1.19.2010

Bahaya Memakai Cincin

Cincin apa nie....

KOTA BHARU: Seorang penuntut Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, malam semalam terpaksa dikejarkan untuk rawatan kecemasan akibat jari kelingking tangan kirinya membengkak teruk, selepas cincin aloi pemberian seorang rakan yang dipakai sejak tiga hari lalu, tidak dapat ditanggalkan.

Lebih malang, jari Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh itu, terpaksa dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas usaha memotong cincin itu termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, menemui jalan buntu.

Mohd Muhaimin yang dikejarkan untuk rawatan kecemasan itu kira-kira jam 8.20 malam, berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.

"Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah pada jari kelingking tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.

"Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar hingga saya tidak mampu menahan sakitnya. Saya percaya kejadian ini disebabkan aliran darah yang tersekat di jari, hingga bengkak," katanya.

Kira-kira jam 3 petang tadi, mangsa dimasukkan ke bilik pembedahan HUSM bagi mengeluarkan cincin itu dipercayai secara pembedahan.

So... kepada mereka yang gemar memakai cincin, kena tengok la jugak dari bahan ape ia diperbuat... Jangan main sarung je kat jari tuuu. Jadikan pengajaran kepada semua terutama kepada pelajar-pelajar bidang elektrik yang gemar menyarungkan cincin besi atau diperbuat dari kabel. Nampak macam kreatif tapi kalau dah terjadi kemalangan macam member nie... sape yang susah??? Korang pikir la sendiri!!!!


Teh Tarik Satu!!!!

Tragedi secawan teh.... cukup memilukan!


TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.


Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.


Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.


Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.


Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.


Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.


“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.


“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.


Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.


“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.


“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.


Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.


“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.


Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.


Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.


“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.


Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.



DUN Perak Nak Bubar ke???

Masakan pohon bergoyang kalau tiada angin sepoi-sepoi bahasa.....

Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.


Seribu tanda tanya......

1. Sehingga kini, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB UMNO Perak. Namun mengapa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan.....
2. Mengapa dan mengapa... sehingga kini, telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah telah menimbulkan seribu persoalan....   
3. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, mengapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan dengan seribu teka teki tentang siapakah sebenarnya MB Perak......


Sekolah Tak Ikut Panduan Keselamatan

Pihak sekolah yang salah....

PULAU PINANG: Pengurusan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini tidak mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamaan aktiviti ko-kurikulum yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran, menurut hasil siasatan awal tragedi perahu naga terbalik yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohammad berkata, jabatannya telah mengeluarkan satu garis panduan keselamatan aktiviti ko-kurikulum kepada semuasekolah termasuk mengenakan syarat pengurusan sekolah harus meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap langkah-langkah keselamatan pelajar.

"Menurut garis panduan keselamatan yang dikeluarkan, pengurusan sekolah hendaklah memaklumkan kepada pihak keselamatan bagi memastikan aktiviti mereka mendapat pemantauan keselamatan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu kesemua enam mangsa tragedi bot karam di Pulau Pinang yang dilaporkan hilang semalam disahkan mati lemas dengan penemuan dua lagi mayat terakhir. Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat berkata, dengan penemuan dua mayat itu, kesemua enam mangsa perahu naga yang terbalik itu telah disahkan mati lemas.

Yang lain ialah guru sekolah, Chin Ai Fang, 28, yang juga penasihat pasukan, serta pelajar Jason Ch''ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, dan Bradon Yeoh, 17.
Mereka adalah antara 18 anggota pasukan perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling di sini yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang di Teluk Bahang pada Julai ini. Pasukan sekolah itu pernah menjuarai kejohanan lumba perahu naga itu bagi kategori remaja dan belia. - Bernama

1.13.2010

Program Juara Rakyat

Rakyat dah mula bersuara.....

Rakyat dah mula perasan.. kebelakangan ini sana-sini pihak UMNO dah mula melancarkan program Juara Rakyat anjuran UMNO. Dan program sulung Juara Rakyat adalah dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu. Program Juara Rakyat itu dilancarkan oleh DS Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Dah banyak suara-suara rakyat bertanya dari mana datangnya sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat anjuran UMNO. Wak pun dah mula berfikir.. Adakah guna duit UMNO atau guna duit kerajaan????

Kalau guna duit kerajaan, tak bolehlah namakan program tu Juara Rakyat anjuran UMNO. Sebab dalam kerajaan yang memerintah sendiripun ada pelbagai parti .... MCA, MIC dan macam-macam lagi. So tentulah parti yang lain akan berkecil hati. Lagi satu hal, yang bayar cukai kat kerajaan nie bukan cuma orang UMNO saje... Orang MCA, MIC dan semua rakyat dari kalangan parti gabungan BN dan rakyat dari parti Pakatan Rakyat pun bayar cukai jugak.

Bukan ape... rakyat sekarang nie bertambah bijak menilai. Nanti dia orang boleh buat macam-macam tanggapan ... termasuklah tanggapan bahawa duit rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Wak pun kerja dengan gomen jugak... parti yang memerintah sekarang nie BN. Esok lusa kalau ditakdirkan parti yang memerintah bertukar, Wak tetap jugak kerja dengan kerajaan. Cumanya kerja di bawah kerajaan yang memerintah ketika itu.

So... mungkin pihak UMNO kena buat penjelasan perkara ini supaya rakyat tidak tertanya-tanya atau membuat tanggapan yang bukan-bukan terhadap pihak UMNO.

Kalau betul pembiayaan Juara Rakyat dibiayai dengan menggunakan duit UMNO... baguslah!! Tak de lah rakyat kata UMNO dah salah guna kuasa... salah guna duit rakyat.

Rakyat sentiasa memerhati setiap tindak-tanduk yang dilakukan oleh para pemimpin dan juga parti.... Kuasa di tangan rakyat!!!!


1.11.2010

Hukum Sertai FACEBOOK

Hukumnya HARUS.....

Hari minggu yang lepas, ketika membaca Harian Metro... Wak tertarik dengan tulisan Ustaz Zaharuddin yang bertajuk 'Hukum sertai Facebook'. Rata-rata antara kita ramai yang memiliki Akaun Facebook. Semua sedia maklum pengasas FB adalah seorang yang berbangsa Yahudi-Amerika bernama Mark Zuckerberg.

Diambil dari artikel Ustaz Zaharuddin dalam HMetro :

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati .

Namun di entri kali ini Wak ambil kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Zaharuddin sahaja sebagai renungan kita bersama.


KESIMPULAN


Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:


1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.


2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.


3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.


b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.


e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.


f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.


g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook.

Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.



Serba sedikit sejarah pengasas Facebook

Mark Zuckerberg dilahirkan dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester Country, New York sebagai anak bangsa Yahudi yang berhijrah ke Amerika selepas peristiwa penyembelihan bangsa tersebut oleh Nazi Jerman seperti yang pernah dicatatkan dalam sejarah moden.


Umum mengetahui Zuckerberg seorang yang genius komputer sejak kecil lagi. Pada usia lapan tahun beliau sudah mampu menghasilkan permainan komputer yang dinamakan Risk dan juga permainan muzik, Synapse.
Sejarah terciptanya Facebook sememangnya unik. Pada 4 Februari 2004, ia telah dilancarkan oleh Zuckerberg dari bilik asramanya sewaktu beliau masih bergelar mahasiswa di Universiti Harvard.

Pada waktu itu, Facebook hanyalah bertujuan untuk memudahkan para pelajar Harvard berhubung sesama sendiri. Namun siapa sangka, ia akhirnya diterima dengan baik dan mendapat permintaan supaya dikembangkan hingga ke universiti-universiti lain di sekitarnya.

Facebook terus menerima keahlian baru dan semakin berkembang pesat dari masa ke masa sekali gus melonjakkan nama Zuckerberg.
Kejayaannya mencipta dan mengasaskan laman sosial ini telah meletakkan beliau sebaris dengan tokoh-tokoh besar dunia hari ini. Majalah Time misalnya telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke-52 daripada 101 orang tokoh paling berpengaruh di dunia pada tahun 2008.


Usahawan Ternakan Tertipu Lagi

Tipah tertipu Banggggg.....

Dua minggu lepas ada orang (pompuan) call Wak menjemput mendengar taklimat usahawan penternakan di sebuah hotel kat bandar Melaka. Wak bagi tau kat dia yang Wak tak berminat. Dah tu dia tanya kenapa tak berminat. Wak pun jawab 'dah saya tak berminat...tak kan saya nak paksa diri saya minat kat ternakan... nie semua mengarut jeee'. Last nya dia pun ucap terima kasih letak telepon.

Untuk pengetahuan korang dah banyak dah org tertipu dengan bisnes yang berkaitan penternakan. Dari ternakan kambing, cacing, lintah, keli dan bermacam-macam lagi la yang dia orang nak ternak... Mungkin satu masa nanti ada yang nak ternak rimau ke gajah... tenok... unta ... ular sawa dan mcm2 lagi leee.

Kalau korang perhatikan trend masa kini, bila ada jer sesorang usahawan tu berjaya dalam sesuatu produk tambah lak keluar kat tv, maka ramai la yang berebut nak buat bisnes tu, jadi bisnes tu dah macam bermusim. Ditambah lak ada orang yg ambil kesempatan dengan buat bisnes bagi kursus @ seminar .........

Kat tempat Wak kerja pun ada gak yang dah kena tipu pasal skim ternak cacing nie... hampir RM10k. Satu masa dulu heboh pasal skim ternak kambing.... Ramai gak yang 'tipah tertipu'. Termasuk bapak mertua.... Abang ipar pun sekali terkena. Nasib baiklah dia orang ajak Wak tapi tak terjebak dengan skim kambing tuuu. Penyudahnya duit lebur macam tu jee.

So, sesiapa yang berhajat nak jadi usahawan pemalas macam contract farming atau sistem pawah nih, berhati-hatilah sebab apa yang didengar dan dikhabarkan hanya sekadar indah khabar dari rupa..... Lu pikir la sendiri.


KULIM - Laba yang diharapkan, bala yang datang. Begitulah nasib ratusan pelabur di daerah ini apabila dianggarkan lebih RM30 juta wang pelaburan mereka lesap begitu sahaja selepas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan skim pelaburan penternakan cacing menghilangkan diri sejak Disember lalu.

Berikutan itu, pelabur terbabit bukan sahaja berputih mata tetapi ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana terdapat wang pelaburan itu dipinjam daripada pelbagai pihak.

Semalam, berpuluh-puluh pelabur berkumpul di hadapan syarikat berkenaan di Jalan Lunas di sini selepas berasa tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan itu.

Mereka mendakwa tidak kurang 3,000 individu dari seluruh negara menjadi mangsa syarikat tersebut yang turut mempunyai cawangan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails