8.28.2009

Betul Ke Pegawai SPRM Ganas!!!

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?..

Bila baca berita ni macam tak percaya. Tapi apa nak pelik sangatkan... Dah kerja dia orang menyoal siasat sampai dapat maklumat. Nama pun manusia, sabor dia orang pun ada batasnya. Kalau dah banyak kali soal tapi tak dapat jugak maklumat... apa lgi bro.... Lu pikir la sndiri!

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.

Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.

Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.

Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.

Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.

Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.

Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. -Harakah

Menteri Jahil Undang-Undang Islam

Sentuh kes syariah, hina mahkamah...

Kalaulah pak2 menteri terutama yang beragama Islam sendiri jahil tentang undang-undang Islam, apatah lagi orang yang bukan Islam. Nampaknya jangan haraplah pemerintah yang ada sekarang ini akan melaksanakan hukum Allah walaupun mengaku negara ini 'negara Islam'.

Nampaknya telah terang lagi bersuluh sekarang ini siapa yang bersandiwara dalam mempertahankan agama Islam terutama dalam bab undang-undang Islam . Kerajaan yang memerintah atau PAS @ Pakatan Rakyat. Kita sama-samalah fikirkan.....


Menteri diminta berhenti mengeluarkan "kenyataan jahil" berhubung prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Timbalan presidennya Muhammad Burok turut menyeru pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

Beliau mengeluarkan amaran ini susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.

"Apabila umat Islam, lebih-lebih lagi pucuk pimpinan kita hendak keluarkan kenyataan, yang pertama mesti dapatkan maklumat yang tepat.

"Jangan keluar kenyataan yang menunjukkan kejahilan kamu tentang undang-undang Islam dalam Malaysia dan menunjukkan kita tidak yakin dengan undang-undang Islam ini," katanya.

"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

"Sesiapa yang menghalang atau cuba menghalang perjalanan kes, itu adalah menghina mahkamah. Saya tidak tahu berapa ramai yang sudah melakukan kesalah menghina mahkamah, termasuk menteri," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar anjuran gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut mendakwa campur tangan yang wujud daripada menteri telah menyebabkan perjalanan kes ditangguhkan dengan tidak mengikut prosedur.

“Kes ini telah diputuskan di mahkamah... tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, itu menyebabkan ketidakadilan kepada institusi mahkamah itu sendiri dan juga kepada orang yang dijatuhi hukum.

8.27.2009

Haruan Makan Anak : Hukuman Apa Yang Setimpal???

Bapa jadikan 4 anak mangsa pemuas nafsu..

Kalau ini punya kes setakat rotan jee tak berbaloi. Wak rasa bapak spesis ni patut di sula jeee. Kalau tak pun jatuhkan hukuman tembak kat kepala gunakan mechine-gun.

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah perkataan sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu.

Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu.

Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut.

Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa.

Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek.

Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.

Kecelaruan & Kelemahan Hukuman Syariah Dalam Isu Kartika

Sama-sama kita fikirkan rentetan peristiwa dalam isu Kartika…

Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Wak tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama. Dan antara kecelaruan dan kelemahan yang timbul dalam isu Kartika.

1. Tiada Panel Mahkamah Rayuan Syariah

Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat didengar, kata seorang peguam syariah terkemuka.

Zainul Rijal Abu Bakar menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu.

"Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar," kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini..

2. Tiada Pakar Untuk Melaksanakan Hukuman Sebat

Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

3. Perlanggaran Prosedur

Pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif.

"Dan kalau benar Peguam Negara telah menghantar surat supaya (hukuman) ditangguhkan, (tindakan) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," kata Zainul Rijal, kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI).

"(Keadaan) ini sudah melanggar prosedur. Sepatutnya kena failkan semakan dahulu, baru mohon ditangguhkan. Inilah yang jadi apabila menteri turut masuk campur."

4. Tindakan Yang Berubah Sekelip Mata

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Moralnya....

Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".

Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman.

Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.

Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan.

Kita berharap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Berakhirnya Karier Politik Dr Chua Dalam MCA

Kes seks: MCA pecat Dr Chua...

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Apa kata Dr Chua...

"Majlis Presiden selalunya sekadar 'cop getah' untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin."

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

8.26.2009

Permatang Pasir : Kemenangan Ramadan

Syukur kerana diberi lagi sekali kemenangan...

Tahniah kepada calon Pas, Mohd Salleh Man dan seluruh jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir kerana menggondong kemenangan dan sekali lagi buat Pakatan Rakyat. Yang manisnya kemenangan ini, Pakatan Rakyat bukan hanya melawan dengan parti BN tetapi sebenanrnya satu kerajaan BN.

Bagi pihak UBN atau satu kerajaan BN, harus bermuhasabah diri terutama bagi barisan kepimpinan yang rasanya telah masuk kali kelapan PRK dan hanya satu kemenangan berpihak kepada mereka. Nampaknya kerajaan 1BN boleh mengharapkan kemenangan hanya apabila PRK berlaku di Sabah atau Serawak.

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

8.25.2009

Peluang Pekerjaan Dalam 80 Bidang

24,937 kerja kosong PLPP...

KUALA LUMPUR - Berita baik kepada mereka yang masih menganggur kerana sebanyak 24,937 peluang pekerjaan daripada 80 bidang di 300 syarikat menanti mereka menerusi Program Latihan dan Penempatan Pekerja (PLPP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sehingga kini, daripada 34,000 peluang ditawarkan melalui PLPP, hanya kira-kira 12,000 orang sahaja yang menyertai skim tersebut.

"Jadi, saya menyeru kepada semua pencari kerja supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dan bersedia untuk mengikuti latihan bagi meningkatkan pengetahuan serta kebolehan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Pekerjaan Kebangsaan di sini semalam.

Pada majlis yang sama, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) turut mengadakan sesi temu duga terbuka bersama enam buah syarikat iaitu pasar raya Giant, Carrefour, Mydin, Bank Rakyat, Hitachi Elektronik dan Restoran Satay Kajang Haji Samuri- KOSMO

Selamat Mengundi Penduduk Permatang Pasir

UBN sekali lagi diuji...

Hari ini adalah penentuan samada BN atau PAS yang akan memenangi kerusi DUN Permatang Pasir. Sekali lagi kita melihat kepimpinan DS Najib diuji dalam pilihanraya kecil dimana rekod sebelum ini menyebelahi Pakatan Rakyat.

Apakah nasib UBN di Permatang Pasir akan menunjukkan satu kejutan atau hanya sekadar memberikan mimpi ngeri sekali lagi terutama dikala ia teramat memerlukan kemenangan dalam pilihanraya kecil.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Mohd Salleh, 52, merupakan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Rohaizat, 38, adalah setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh. Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Lapan pusat mengundi itu dibuka di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama
Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang
Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

8.21.2009

PPSMI : Bahasa Melayu Terus Dihina

K'jaan 'terus hina' bahasa Melayu : A. Samad Said

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.

Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru "mekanisme pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.

Beliau menjelaskan, di peringkat UPSR, sains dan matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Beliau juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.

Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).

Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu. - Malaysiakini

8.20.2009

Salam Ramadan Al-Mubarak

Ramadan Menjelma Lagi

Fajar Ramadan memercik cahaya disebalik ufuk
membelah rekahan mentari dari barat ke timur
Alhamdulillah Ya Rabbi...

Kelmarin semasa ia berpamit pergi
ku kira kita tak bakal bertemu lagi
panjang munajat shahduku berlagu
mohon agar diberikan waktu bersamanya lagi
dan kini aku benar-benar diberi kesempatan
menjelang bulan penuh barakah...

Biarku dakap semilir wangi harum Ramadan
dalam rancak membina ibadah
bahawa sesungguhnya tiada jalur waktu
paling baik selain diberi kesempatan umur
merancak masa dalam ibadah...

Ya Allah... dalam munajat yang panjang
hamba Mu menghampar rasa syukur
masih terus diberi ruang dan peluang
kesempatan untuk koreksi diri

Sesungguhnya fitrah manusia itu sering alpa
dalam limpah rahmat Mu yang melaut
acapkali lali untuk mengucap syukur
ia seakahanya ramah sewaktu tersungkur
batas tamsilannya umpama jarak pandang...

Namun dalam kudus fajar Ramadan yang datang ini
ku pohon agar Kau berilah barakah inayah
agar akulah hamba Mu yang sentiasa koreksi diri
supaya ganjaran pahala sentiasa melebihi gumpalan dosa...

Dan biarlah Ramadan terus bertandang
dalam meniti usia yang kian bertambah.....


* SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK... SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN SEPANJANG MENJALANI IBADAH PUASA... AMIN!!!!

Calon UBN PP : Bila Orang UMNO Bersuara

Ku Li: Apakah Umno kurang calon?

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

8.18.2009

Rumah Banglow Untuk Adik Nur Madihah

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130, 000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. - Harakahdaily

8.17.2009

H1N1 kini tahap tenat

Kematian H1N1 meningkat kepada 62

Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tiga lagi kematian dicatatkan akibat influenza A(H1N1) - termasuk dua kanak-kanak - menjadikan jumlah korban penyakit tersebut meningkatkan kepada 62 orang.

Dua kanak-kanak lelaki itu berusia enam dan tiga tahun. Manakala seorang lagi korban ialah seorang lelaki berusia 50 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 283 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini sebanyak 3,857 kes.

8.15.2009

Badminton : Kempunan Pada Kejohanan Dunia

Rasa kecewa dengan kekalahan Datuk LCW...

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk meraih kejuaraan pertama pada Kejohanan Dunia tahun ini.

Semalam, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama, kecundang di tangan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada pusingan suku akhir kejohanan yang diadakan di Hyderabad, India itu.

Chong Wei yang mempunyai rekod terbaik meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2005 di Anaheim, Amerika Syarikat, tewas 16-21, 21-14, 12-21 dalam permainan yang mengambil masa sejam.

Ini merupakan kali kedua Sony menjadi penghalang Chong Wei pada Kejohanan Dunia selepas pemain pilihan keenam itu turut mengecewakannya pada pusingan ketiga edisi 2007 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Hyderabad juga mungkin bukan gelanggang yang bertuah buat Chong Wei apabila pemain berusia 27 tahun itu tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka India di gelang- gang yang sama, Mac lepas.

Kekecewaan skuad negara bagaimanapun ditebus oleh dua beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif yang mara ke pusingan separuh akhir.

Kedua-dua beregu negara itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawan masing-masing dalam permainan rubber set.

Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan sebagai pilihan kedua, menewaskan beregu Amerika Syarikat, Howard Bach-Tony Gunawan 22-20 13-21 21-17 manakala Fairuzi- zuan-Zakry yang tewas pada set pertama, bangkit untuk menundukkan beregu Korea, Cho Gun Woo-Yoo Yeon Seong 17-21, 21-12, 21-14.

Peluang Malaysia untuk meraih kejuaraan pertama pada Kejohanan Dunia juga agak cerah sekiranya Kien Keat-Boon Heong serta Fairuzizuan-Zakry berjaya menewaskan lawan masing-masing pada pusingan separuh akhir, sekali gus bertemu di aksi final.

Kien Keat-Boon Heong yang juga juara Seluruh England 2007, akan menentang beregu pilihan keempat, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae selepas beregu Korea Selatan itu terlebih dahulu menewaskan Guo Zhendong-Xu Chen dari China 21-17, 28-26.

Fairuzizuan-Zakry juga bakal berdepan saingan sengit apabila dijadual menentang beregu handalan China, Cai Yun- Fu Haifeng yang menundukkan satu lagi beregu Korea Selatan, Han Sang Hoon-Shin Baek Choel 21-16. 21-18.

8.14.2009

Korban H1N1 Meningkat 56 Orang

Lima korban terbaru H1N1..

Korban akibat H1N1 terus bertambah hari demi hari. Ia amat menggerunkan seluruh pelusuk rakyat terutama mereka yang menghadapi masalah kesihatan.

Dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 56 kes hari ini.

Dua orang dewasa seorang lelaki berumur 57 tahun dan seorang wanita berumur 49 tahun yang turut meninggal dunia akibat virus tersebut mengalami masalah kesihatan, seperti kencing manis dan kegemukan.

Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

8.13.2009

51 korban H1N1, 29 lagi di ICU

korban H1N1 meningkat lagi...

Tujuh lagi kematian berkaitan influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah dan penyakit kongenital.

Katanya, mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi. - Malaysiakini

Pemergian Asri Rabbani Satu Kehilangan Besar

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'...

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

UMNO Johor Buat Kerja Bodoh

Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok...

Wak bukanlah penyokong kuat DS Anwar Ibrahim. Hanya sekadar 'respect' beliau sebagai pejuang reformasi yang mempunyai ketahanan diri yang kental dalam mengharungi perjuangan politiknya.

Namun dalam entri kali ini bukan Wak nak bercerita tentang perjuangan DS Anwar Ibrahim. Tetapi ingin mempersoalkan tindak tanduk orang-orang UMNO terutama di negeri Johor (negeri kelahiran Wak leee) yang akan berhimpun dan dijangka 10,000 orang semata-mata ingin melaungkan 'Anwar Pengkhianat Bangsa!'.

Selepas itu objektifnya hanya satu... Untuk melihat berapa ramai pula yang DS Anwar akan saman. Disamping ingin mengampu dengan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan DS Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Yang Wak rasa lagi bertambah memalukan ialah Batu Pahat (Wak lahir kat Batu Pahat) dipilih sebagai tuan rumah dengan alasan di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union.

Persoalannya... ini ke cara orang UMNO Johor berjuang.. Memperjuangkan bangsa Melayu!!!! dengan menghentam peribadi orang lain tanpa dibuktikan betul atau tidak faktanya. Kalau betul DS Anwar itu seorang pengkhianat, buktikan melalui mahkamah. Bukankah itu cara yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin UMNO....

Namun, apa yang kita lihat tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat oleh DS Anwar. Semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Sepatutnya UMNO tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan DS Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Dan yang pastinya dalam perhimpunan itu nanti akan ada perbelanjaan yang dikeluarkan. Persoalannya duit sape ekkkk???? Sewa bas nak bawak orang ke Batu Pahat, makan minum dia orang sape tanggung, buat sepanduk @ kain rentang, sewa tempat, sewa PA sistem, duit poket para peserta (korang pun sedia maklum... orang Umno ni tak de hulur tak buat kerja)dan macam-macam lagi lah....

Bukan ke semua nii kerja bodohh...... hanya kerana nak mengampu para pemimpin sanggup bergolok bergadai... Wahai orang-orang UMNO Johor terutama orang kampung Wak... Jadilah pejuang yang bermaruah dan bukan 'Pejuang Baruah!!'....


Wak nak petik apa yang Tok Guru Nik Aziz kata :

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa, ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

PPSMI : Perlukah Kami Berdemo Lagi..

Pak Samad usul demo anti-PPSMI....

Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

Mesyuarat ini diadakan ekoran perkembangan baru PPSMI yang pada mulanya dikatakan akan dimansuhkan pada 2012, nampaknya mula ditarik-tarik (dilengahkan) ke 2014, atas alasan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan.

Wak pun rasa kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Terlalu lama masa yang diambil untuk memansuhkan PPSMI sepenuhnya. Entahlah, apa yang dapat dipelajari walaupun diajar dalam dwibahasa. Yang nyatanya, anak-anak menjadi mangsa dengan sukatan pelajaran yang makin rendah mutunya demi memenuhi ego mereka.

Dalam isu PPSMI Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sendiri semasa di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dan dalam isu PPSMI sekali lagi pihak kerajaan masih bermain tarik tali terhadap gesaan rakyat supaya dasar yang merugikan bangsa Melayu itu dimansuhkan.

Apa yang jelas, PPSMI yang diumumkan bakal dimansuhkan mulai 2012, sebenarnya "bukan memansuhkan terus PPSMI tetapi menangguhkan PPSMI".

Persoalannya Adakah perlu sekali lagi rakyat turun berdemontrasi???? Sebagaimana kata-kata A. Samad Said "Demonstrasi jalan raya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya".

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," A Samad dilaporkan berkata dalam satu wawancara.

H1N1: Jumlah Korban Terkini 44 Orang

Tiga Lagi Kematian....

Dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 44 orang.

Seorang bayi perempuan berumur 10 bulan tanpa sejarah penyakit kongenital, dilaporkan mengalami demam dan batuk pada 1 Ogos dan dibawa untuk menerima rawatan pada 6 Ogos tetapi meninggal dunia keesokannya.

Satu lagi kes kematian melibatkan bayi lelaki berumur 12 bulan yang mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di hospital swasta sebelum dirujuk ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut pada 7 Ogos setelah mendapat demam dan sawan.

Bayi itu meninggal dunia pada 9 Ogos kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung dan jangkitan pneumonia dan disahkan dijangkiti H1N1 pada 10 Ogos.

Satu lagi kes melibatkan seorang surirumah berumur 18 tahun yang mengandung 26 minggu. Wanita obes itu mula mendapat simptom batuk, sakit tekak dan selsema pada 3 Ogos dan mendapat rawatan di klinik kesihatan pada hari yang sama.

Bagaimanapun keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke ICU hospital akibat sesak nafas pada 7 Ogos dan rawatan antivirus dimulakan pada hari yang sama dengan sampel sapuan tekak diambil pada 9 Ogos, sebelum disahkan mendapat H1N1 pada 10 Ogos dan telah meninggal dunia pada hari yang sama.

8.11.2009

Replika DS Najib Vs DS Anwar Ibrahim

Pendirian Terhadap Replika DS Najib dan Jawapan Terhadap PKR
Oleh : Dr Mohd Asri, Lampeter, uk.

Saya yang berada di luar negara baru tahu tentang replika itu, walaupun PKR telah menempelak saya seperti yang disebut dalam Malaysiakini kerana tidak membantah. Saya konsisten menyatakan seperti mana replika DS Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika DS Najib. Selain daripada ia berunsur berlebih-lebihan memuja pemimpin atau mengampu, ia juga tidak memberikan apa-apa kekuatan kepada politik seseorang.

Pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjanya, bukan pada besar kecil patungnya. Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya ini melihat sejauh mana konsistensi pihak yang membolehkannya dahulu. Malaysiakini melaporkan bahawa PKR ingin mendengar pendirian saya, maka ini pendirian saya.

Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.

Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!



Persoalan yang bermain difikiran rakyat....

Apa pendirian mereka tentang Replika DS Najib????? Suatu masa dahulu mereka pernah berkata.....

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Moralnya : Rakyat masih teringat ungkapan dalam filem P. Ramli "kau pun sama la Labu.. 2 x 5!!".... "kau pun sama la Labi... 5 x 2!!" . Sorang Labu dan yang sorang lagi Labi.... Labu Labi!!!!! Kalaulah Hj Bakhil masih hidup, pasti dia akan suruh si Labu dan Labi buat replika dia jugak... Kasi lawan itu replika bro... !!!!

Angka Korban H1N1 Mencecah 32 Orang

Awasi tanda-tanda amaran H1N1...

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.

Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.

Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang).

Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).

8.10.2009

UMNO Masih Ditakuk Lama

Menyerang Anwar dengan mendakwa 'Pengkhianat Melayu"

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu yang dibuktikan menerusi beberapa tindak tanduknya selama ini. Tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Ramai dikalangan UMNO menyokong ketegasan Timbalan Presiden UMNO itu yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Antara sokongan yang dibuat oleh bahagian-bahagian UMNO adalah seperti berikut :

1.UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang semalam sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’

Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan ‘Anwar pengkhianat bangsa!

2.Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya sebagai sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3.Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin dengan kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

4.Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi minta Muhyiddin jangan tunduk kepada tekanan Anwar.Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Roszaini Jahari berkata, memorandum itu antara lain meminta agar Muhyiddin tidak tunduk kepada tekanan Anwar.

Dan banyak lagi bahagian-bahagian UMNO yang lain akan menuruti langkah menyokong bahawa Anwar adalah 'Pengkhianat Melayu".

Inilah yang Wak rasa perjuangan UMNO masih lagi ditakuk lama. Tiada perubahan walaupun pemimpin-pemimpin UMNO kebanyakkannya telah berubah selepas di bawah tampuk Presiden UMNO yang baru selaku Perdana Menteri... Selepas pemerintahan lebih 100 hari DS Najib dengan membawa slogan '1MALAYSIA!'

Menyerang secara peribadi Anwar dengan menyatakan bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden UMNO adalah satu strategi yang akan memakan diri.

Apa yang terjadi sekarang ini sokongan padu yang diberikan oleh kalangan UMNO. Dan senario ini sebenarnya tak lebih dari 'syok sendiri' atau sandiwara juak-juak UMNO untuk mengampu pemimpin atasan mereka sahaja. Mereka masih mengamalkan politik busuk dengan menuding jari kepada orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri.

Kalaulah ini strategi UMNO untuk menawan hati pengundi muda terutama dalam menghadapi PRU-13, maka janganlah bermimpi disiang hari untuk menawan negeri yang telah berada di tangan Pakatan Rakyat. Silap haribulan akan ada lagi negeri atau negara yang terlepas dari genggaman UMNO itu sendiri.

Dengan mencanang satu negara bahawa Anwar Pengkhianat Melayu sebenarnya ia akan membuka minda terutama jenerasi muda untuk melihat lebih jauh dari pemikiran orang-orang UMNO itu sendiri yang takut dengan manusia bernama Anwar.

Perlu diingat!!! Bukan semua Melayu itu UMNO. Cuma yang pastinya semua UMNO itu Melayu. Orang cerdik akan berfikir... 'Pengkhianat Melayu' atau 'Pengkhianat UMNO". Apa yang jelas Pengkhianat kepada UMNO,bukan beerti pengkhianat kepada Melayu, Melayu bukan UMNO.Pengkhianat pada BN, bukan beerti pengkhianat kepada Negara.BN bukan Malaysia dan Malaysia bukan BN....

Moralnya.... orang UMNO berpolitik masih ditakuk lama. Tiada anjakan paradigma dalam mendukung perjuangan Melayu yang sering dilaung-laungkan. Sudah pastinya agenda mengatakan Anwar Pengkhianat Melayu akan menjadi slogan perjuangan UMNO dan yang pastinya akan menggegar seluruh negara.

Mereka merasakan mereka telah berjaya membawa semua orang Melayu membenci insan bernama Anwar, tapi sebaliknya rakyat sedang memerhati gelagat kebudak-budakkan pejuang-pejuang UMNO yang langsung tidak menunjukkan kematangan mereka. Dan yang paling sadis sebenarnya UMNO telah ketandusan idea dan lebih malang lagi ahli-ahli UMNO ini sedang menggali kubur untuk UMNO itu sendiri.

Itulah bezanya politik orang China... Walau mereka berbeza parti politik dan berbeza pandangan, Walau dalam apa isu sekalipun, kita tidak akan mendengar dari mulut mereka untuk menghina bangsanya sendiri.

Berubahlah orang UMNO... Rakyat dah muak dengan permainan politik kalian semua.

8.09.2009

Lapan Lagi Korban H1N1 .. Jumlah 26

Korban H1N1 terus bertambah...

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkat kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Liow berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos, lapor Bernama.

Menurutnya, dua daripada kes itu adalah dari Sabah. Yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.

Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.

Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.

8.07.2009

H1N1 : Korban Meningkat Keangka 14

Dua lagi kematian akibat selesema babi...

Dua lagi kematian membabitkan wabak selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di seluruh negara.

Korban ke-13 kanak-kanak enam tahun

Kematian ke-13 itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Pahang yang telah mengalami gejala demam, sakit tekak dan selesema pada 24 Julai lalu.

Kanak-kanak itu telah mendapat rawatan di klinik swasta. Dia kemudian mengadu mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 31 Julai.

kanak-kanak itu kemudiannya disahkan menghidap H1N1 pada 2 Ogos lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sehari selepas itu. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam.


Korban ke-14 seorang pesara 57 tahun

Sementara kes kematian ke-14 pula melibatkan seorang pesara lelaki berusia 57 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Lelaki berkenaan telah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kelmarin setelah mengalami demam, batuk dan sesak nafas. Lelaki itu yang kemudiannya disahkan dijangkiti H1N1 bagaimanapun disahkan meninggal dunia semalam akibat jangkitan itu.

Jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga kini adalah sebanyak 1,492 dengan 14 kes kematian sehingga setakat ini.

8.06.2009

H1N1 : Kanak-kanak Mudah Dijangkiti

Bekalkan anak-anak vitamin C...

Perasaan sedih bila sekarang ini kematian akibat H1N1 ramai melibatkan kanan-kanak. Nampaknya kanak-kanak mudah terdedah dengan virus ini dan mereka mempunyai antibodi yang lemah berbanding orang dewasa bagi mengatasi serangan virus yang masih tiada penawarnya.

Baru-baru ini orang rumah Wak ada mendengar ceramah H1N1 di sekolah. Doktor yang memberikan ceramah memberi saranan kepada ibu bapa supaya memberikan makanan tambahan kepada anak-anak yang berasaskan vitamin C. Ia dapat membantu untuk menambah daya tahan dari serangan penyakit terutama virus H1N1.

Dalam keadaan persekitaran yang tidak menentu ini, ibu bapa perlu sensitiv dan terpaksa bekorban demi kesihatan anak-anak. Nak tak nak kita kena keluarkan bajet khas bagi membelikan anak-anak makanan vitamin C. Carilah dikedai-kedai farmasi yang banyak menjual makanan tambahan berasaskan vitamin C. (Wak sekarang ini bagi anak-anak Jus Manggis).

Jadikan peristiwa adik Amir Ikram sebagai pengajaran bagi kita sebagai ibu bapa. Kanak-kanak didapati tidak menunjukkan simtom apabila dijangkiti virus H1N1. Semoga keluarganya tabah dalam menghadapi ujian yang amat getir ini.


Amir Akram cuma demam satu malam...

JASIN - Walaupun tanggapan umum bahawa demam akibat jangkitan selesema babi atau H1N1 mungkin berlanjutan beberapa hari, bagi seorang budak berusia 12 tahun, Amir Akram (gambar), dia hanya sakit untuk semalaman sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka akibat wabak maut itu pada Isnin lalu, Akram bersama keluarganya menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Gemencheh, Negeri Sembilan pada hari Ahad.

Bapanya, Nor Azman Aziz, 41, berkata, pada waktu itu arwah kelihatan cergas seperti biasa sebelum suhu badannya meningkat pada sebelah malam.

H1N1 : 12 Jumlah Korban

Empat lagi kematian akibat H1N1

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari.Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini.

Katanya, semua kes terbaru yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tempatan. 10 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan enam kes terpencil.

Tiga kes kematian terbaru itu dilaporkan berlaku di Melaka dan seorang lagi di Hospital Batu Pahat:

*Daripada tiga kanak-kanak yang mati di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik.

*Seorang lagi mangsa ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik.

*Mangsa ketiga, seorang pemuda berusia 20 tahun yang menghidap asma kronik dimasukkan ke Hospital Melaka, Ahad lalu dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas sejak 31 Julai lalu.

*Seorang mangsa lagi ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat awal pagi ini.

Sehingga kini sebanyak 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan di 171 negara.- Utusan Online

Caj tambahan RM12 sukan Astro melampau - NGO

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan.

"Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat," katanya. - Bernama

8.05.2009

Catatan Suami Mengenai Mangsa H1N1

Assalaimualaikum YB,

Coretan yang saya paparkan ini hanyalah sebagai pengajaran kepada sesiapa saja yang membacanya, bukannya bertujuan untuk mencari salah sesiapa. Saya tetap reda dengan ketetapan dan kententuan yang telah Allah berikan kepada saya sekeluarga. Ianya juga boleh dijadikan pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati di masa hadapan memandangkan wabak ini semakin serius melanda Negara kita.

Saya adalah salah seorang keluarga mangsa yang terkena jangkitan Wabak Infuenza A(H1N1) iaitu isteri saya yang disahkan positif pada 30 Jul jam 1230 malam melalui Dr yang merawat di salah sebuah Hospital di Lumut Perak. Itupun saya diberitahu oleh mangsa sendiri (isteri) melalui telefon. Pada keesokan harinya semasa melawat isteri, saya telah dilarang untuk memasuki bilik yang mana ditempatkan isteri saya atas alasan keselamatan dari jangkitan. Saya akur dengan kehendak tersebut tetapi saya belum mendapat penerangan tentang keadaan sebenar isteri saya daripada Dr yang merawatnya, sehinggalah pada jam 11 pagi saya dapat telefon dari isteri mengatakan Dr membenarkan saya melawatnya dengan syarat2 tertentu. Jam 1245 saya terus ke Wad untuk bertemu isteri dan melalui Jururawat yang bertugas saya hanya dibenarkan sekejap sahaja kerana tidak mempunyai baju perlindungan yang mencukupi,yang ada hanya kegunaan staff di wad itu sahaja. Saya terpaksa mengambil resiko untuk masuk ke bilik tampa baju perlindungan dan hanya berbekalkan mask saja, ini terpaksa saya lalui demi untuk memberi semangat kepada isteri agar dia dapat tabahkan hati menempuh dugaan yang tuhan berikan.

Sebelum disahkan positif,isteri saya telah mengalami deman selama lebih kurang seminggu, mungkin kesilapan saya kerana lewat menghantar ke Hospital, tetapi sebelum itu saya telah menghantar ke Klinik Perubatan Swasta di Lumut untuk rawatan,tetapi Dr di klinik tersebut mengatakan demam biasa saja,dan dia juga ada berpesan jika berlarutan supaya datang balik ke klinik tersebut bagi merujuk ke Hospital Kerajaan. Selang beberapa hari (28 hb jam 8.10 mlm) saya datang balik ke klinik tersebut membawa isteri kerana demamnya tidah berubah tetapi jawapan yang diberikan tetap sama dan hanya dibekalkan dengan ubat batuk,Lalah dan cair kahak sahaja, sehingga lah pada jam 4 pagi 29 hb saya dikejutkan oleh isteri mengatakan sesak nafas dan keadaan badan yang terlampau panas serta batuk yang agak kuat memaksa saya menghantar ke Wad Kecemasan Hospital Kerajaan. Pihak hospital telah mengambil langkah2 tertentu sehinggalah pada pagi besoknya saya diberitahu oleh salah seorang Dr yang bertugas isteri disyaki terkena wabak tersebut kerana melalui X-Ray paru2 isteri sudah dijangkiti.

Isteri terpaksa ditempatkan di wad yang berasingan agar ianya tidak mudah merebak jangkitan terhadap orang lain, Cuma sesekali terdetik dihati kerana kesihankan isteri terpaksa dilayan seperti orang salah. Setelah sample darah diambil untuk ujian dan disahkan positif Wabak tersebut sekali lagi dia dipindahkan ke wad yang kosong dan ditempatkan di dalam bilik yang dikhaskan. Saya juga telah dimaklumkan oleh Dr supaya ini dirashiakan daripada keluarga dan dilarang untuk dilawati oleh sesiapa saja termasuk ibu dan bapa mertua. Kerana tidak sanggup menanggung resiko dan tak tahan melihat keadaannya saya terpaksa juga memberitahu keluaganya bimbang sesuatu terjadi kepadanya saya juga akan dipersalahkannya. Semua ahli keluarga terkejut dengan keadaan ini yang menyababkan saya diajukan berbagai soalan bagaimana boleh terkena jangkitan ini. Seingat saya kami ada menerima tetamu 2 minggu sebelum ini iaitu sepupu isteri yang belajar di UiTM Sri Iskandar tatapi semasa itu Universiti tersebut belum lagi diumumkan merebaknya wabak tersebut

Besar kemungkinan punca jangkitan dari sepupu isteri itu, tetapi semasa isteri ditahan di wad sepupunya sedang berada di kampong kerana diberi cuti seminggu oleh pihak Universiti. Setelah beberapa hari berada di Wad dengan rawatan yang sempurna oleh pihak hospital dan diiringi Doa serta Kesabaran , bertawakal kepada allah daripada semua ahli keluarga juga menjadi ubat yang sangat mustajap di tambah dengan solat hajat berserta air bacaan Yassin untuk diberi minum kepada isteri yang menyebabkan keadaannya beransur pulih dan sehingga sekarang ( 4 Ogos) sudah menampakkan tanda2 untuk sembuh sepenuhnya tetapi masih lagi berada di bawah pengawasan pihak hospital.

Di sini juga saya merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pihak Hospital Angkatan Tentera (96 HAT Lumut) terutama kepada Dr dan Jururawat yang merawatnya tampa jemu walaupun terpaksa berhadapan dengan resiko jangkitan, tuhan yang maha adil juga akan membalas atas keiklasan tuan dan puan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawap.

Nasihat juga kepada yang diluar sana jika terdapat tanda2 yang dikaitkan dengan wabak ini segeralah ke Hospital kerajaan yang berhampiran dan jika boleh elaklah untuk ke Klinik Swasta walaupun sering diwar-warkan Perhidmatannya lebih baik dari Hospital Kerajaan dan masih ramai lagi Dr yang berkebolehan di Hospital Kerajaan yang berkerja dengan iklas dan penuh tanggung jawap tampa mengenal penat dan lelah.

Saya redha terhadap ketentuan dan ujian besar yang telah Allah SWT berikan pada saya dan berharap langkah2 pencegahan dan panduan dapat dipertingkatkan agar mangsa wabak dapat dikurangkan. Sekian,terima kasih.

Dicatatkan oleh:
Suami.
Noziah BT Mustapha ( Pesakit Infuenza A(H1N1)
0300H Ogos 09
Sumber : DRS. KHALIL IDHAM LIM

GMI: Peserta demo dapat 'imbuhan'

Susulan kenyataan Rais Yatim...

Wak terharu bila membaca ulasan dari Pengerusi GMI. Rais Yatim dan orang yang sepemikiran dengan beliau perlu muhasabah diri. Jangan memandang sesuatu isu itu hanya dari sudut kepentingan dunia sahaja, tetapi apa yang lebih penting dari itu adalah merujuk kepada Hukum Allah.

Allah sendiri telah menyediakan sekelian manusia dengan janji syurga dan neraka yang mana kita semua akan di hitung amalannya sebelum di tempatkan samada di syurga atau neraka. Walaupun Allah itu maha mengetahui, namun masih juga mengadili sekelian manusia di alam akhirat nanti.

Mengapa kita manusia begitu berani dengan melahirkan satu undang-undang yang tidak membicarakan mereka sebelum menahan mereka dengan menggunakan tiket ISA. Semuga Allah memberikan kita semua hidayah bagi menilai samada hukum buatan manuasia itu harus diteruskan atau perlu dimansuhkan.

Nilailah dengan merujuk kepada hukum Allah dan jangan menilai mengikut nafsu membabi buta sahaja. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun....


Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengakui peserta demontrasi membantah akta kontroversi itu Sabtu lalu mendapat "imbuhan".

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan.

"Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.

"Sesiapa yang menyatakan mereka mendapat imbuhan, sila kemukakan bukti, jangan cakap sahaja, tak baik. Nanti diazab oleh Allah."

8.04.2009

Peserta Demo Diupah : Kenyataan Paling Lawak

Agak-agak berapa upah diaorang dapat.....

Macam biasa laa bila ada saja 'demonstrasi', maka semua pihak terutama pak-pak menteri akan memberikan komen. Media massa, elektronik dan seluruh jenis media akan berebut-rebut mendapatkan pandangan dan komen dari semua pihak.

Namun selepas peristiwa demo GMI ni, wak tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Wak rasa inilah komen yang boleh memenangi kategori 'Komen Paling Lawak'.

Cubalah korang congak agak-agak berapa kos nak upah diaorang semua niii... Lu kira laa sendiri.....

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.

Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.

H1N1 : Mencatat 2 Lagi Kematian

Dua wanita mangsa H1N1...

KUALA LUMPUR - Penularan pandemik selesema babi (H1N1) di negara ini semakin membimbangkan apabila ia meragut dua lagi nyawa iaitu masing-masing satu di Hospital Miri dan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban semalam.

Korban ketujuh : Seorang ibu muda berusia 23

Korban ketujuh membabitkan seorang ibu muda berusia 23 tahun yang baru melahirkan anak di Hospital Miri.

Mangsa menjadi kes kematian ketujuh telah disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 23 Julai dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam disebabkan komplikasi pada paru-paru.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pada mulanya mangsa telah bersalin di hospital berkenaan pada 21 Julai dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehari selepas itu.

"Selepas bersalin, mangsa didapati mengidap pneumonia yang teruk dan menunjukkan simptom demam serta batuk empat hari sebelum bersalin.

"Kematian mangsa direkodkan sebagai pneumonia akibat jangkitan H1N1," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, bayi mangsa selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan H1N1.

Korban kelapan : Seorang wanita berusia 51 tahun

Mangsa kelapan pula membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Kuala Selangor yang disahkan meninggal dunia di HTJ malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi berkata, wanita itu dimasukkan ke HTJ pada hari kejadian dan meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 malam.

8.03.2009

Mayat Bayi Dalam Mangkuk Tandas

1Malaysia Boleh... Apa nak jadi!!

GURUN - Jika sebelum ini suasana Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun di sini sentiasa aman namun semalam keadaannya bertukar kecoh apabila seorang guru terkejut menemui satu mayat bayi dalam mangkuk tandas guru wanita di sekolah itu.

Perkara itu kemudian dilaporkan kepada polis dan dalam sekelip mata sekolah tersebut didatangi beberapa anggota polis dan dua pasukan bomba.

Mayat bayi perempuan yang dikatakan seberat tiga kilogram itu tersangkut pada mangkuk tandas dan anggota bomba dipanggil pagi mengeluarkan mayat bayi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mayat bayi yang tidak berpakaian itu ditemui oleh seorang guru wanita pada pukul 8 pagi semasa beliau pergi ke tandas itu.

Menurut beliau, daripada keadaan mayat, bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai telah mati dalam tempoh dua hari lalu.

"Polis yang memeriksa mayat bayi itu menemui kesan darah kering pada badan bayi yang sudah cukup sifat itu.

"Bayi itu dipercayai telah dibuang atau mati dalam mangkuk tandas itu sejak Jumaat lalu iaitu semasa sekolah itu cuti," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, setakat ini polis belum mengetahui siapa ibu kepada bayi itu.-KOSMO

'Rakyat mahu perubahan'

Mansuhkan ISA...

Kerajaan berdepan dengan kecaman hebat kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan merima air untuk menyuraikan perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara, semalam.

Pemimpin badan hak asai manusia juga turut mengecam tindakan polis semalam. Presiden Aliran, P Ramakrisnan mengutuk tindakan keras polis ketika menyuraikan perarakan aman anti-ISA semalam.

Tegasnya, ribuan rakyat Malaysia yang prihatin menyertai perhimpunan semalam atas tanggungjawab patriotik mereka yang menolak ISA kerana disalahgunakan oleh BN.

Penganalisa politik, Khoo Kay Peng berkata, keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan ramai rakyat menolak kerajaan BN, menunjukkan mereka mahu kebebasan yang lebih luas.

"Rakyat mahukan perubahan. Jika BN mahu kekal berkuasa, maka ia mesti mendengar hasrat rakyat yang mahukan kebebasan dan supaya hak individu dihormati," tambahnya.

"Mereka turun ke jalanan kerana kerajaan tidak menyediakan ruang alternatif untuk mendengar kehendak rakyat," katanya.

Khoo berkata, BN yang sedang berusaha memulihkan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2008, berdepan dengan kemungkinan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika ia masih gagal melaksanakan pembaharuan demokrasi di negara ini.

H1N1 : Kanak-kanak Tidak Menunjukkan Symtom

Kanak-kanak 10 tahun mangsa kelima..

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, seorang kanak-kanak perempuan, Nor Shaqikah Roshisham, 10, dari Matang Gerdu, Bagan Serai dilapor meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pukul 5.30 pagi kelmarin.

"Ujian sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak itu mengesahkan mangsa positif jangkitan H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ismail berkata, mengikut maklumat, kanak-kanak itu mula sakit pada 27 Julai tetapi tidak demam atau mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan semasa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta.

Menurutnya, pesakit kembali semula ke klinik yang sama kelmarin dan semasa pemeriksaan pada pukul 5 pagi, mangsa mengalami sesak nafas, demam dengan suhu 39 darjah celsius sebelum tiba-tiba tidak sedar dan meninggal dunia 30 minit kemudian.


Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit Influenza A (H1N1). Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggal akibat komplikasi hari ini. Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Ismail Merican berkata kanak-kanak tersebut di dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai dengan symptom demam selama sehari.

Menurutnya, tiada simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 30 Julai.

"Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009.

"Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pada 2 Ogos semasa dalam rawatan di ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

8.02.2009

1 MALAYSIA BERDEMO ANTI ISA

1 OGOS 1 MALAYSIA...

Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun dihalang untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong namun, yang nyata, dunia menyaksikan hari ini rakyat berbilang kaum telah bangkit dalam bilangan yang ramai sehingga mencecah 100,000 orang (sekalipun angka oleh media massa hanya 20,000).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Perhimpunan Mansuhkan ISA dianggap berjaya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila lebih 100 ribu berhimpun di ibu negara hari ini walaupun mereka tidak berjaya berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum akibat sekatan tegar polis.

Dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI di pejabat agung PAS, Anwar berkata, tindakan tegar polis menghalang perarakan ke Istana Negara menyebabkan peserta perhimpunan berselerakan di seluruh ibu negara.

Turut serta berada di ibu negara adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seperti dijangka Gerakan Anti-ISA tidak bertempur dengan PRO-ISA tetapi bertempur dengan FRU. FRU berjaya menghalang Anti-ISA ke Istana Negara apabila seperti biasa menghalang dengan pancutan iar water canon dan asap pemedih mata.

Namun semangat 1MALAYSIA tidak menghalang bagi pejuang-pejuang Anti ISA untuk meneruskan misi walaupun menghadapi tentangan yang amat dahsyat dari pihak berkuasa.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul iskandar Mohd Akin di dalam kenyataannya menyatakan AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Sementara itu, seorang Ketua PAS Peringkat Bahagian menyatakan, isu ISA dan kezaliman polis hari ini pasti akan dibawa ke Permatang Pasir dan UMNO BN perlu dihukum oleh rakyat kerana membiarkan polis bertindak sewenang-wenang ke atas rakyat.

Apabila disebut RAKYAT maka ia bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah 1 Malaysia rakyat Malaysia; tua muda, lelaki wanita, kecil besar, kanak-kanak dan dewasa, Melayu, India dan Cina telah dengan rakus sekali menerima layanan amat amat ganas daripada pihak polis. Malah boleh dikatakan ia lebih ganas daripada apa yang telah dilakukan semasa Himpunan Bersih dulu.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

H1N1 Wabak Yang Kian Menakutkan

Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya. - Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails