6.30.2009

Keadaan Jacko Selepas Kematiannya

Keputusan bedah siasat Jacko bocor...

LOS ANGELES - Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi

Mati diserang jantung ketika bersama pondan..

Pelik tapi benar...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas diserang sakit jantung dan mati ketika dia berada berdua di bilik sewa pondan tersebut di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tun Ismail di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 5.40 petang, mangsa berusia 78 tahun berasal dari Kubang Buaya di sini dipercayai datang bertandang ke bilik pondan itu.

"Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai hanya berada dalam bilik itu berdua dengan pondan itu.

"Secara tiba-tiba mangsa dipercayai diserang sakit jantung sehingga tidak sedar diri sebelum berbaring di dalam bilik itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.

6.29.2009

Info Terkini Selsema Babi

Rekod selsema babi di Malaysia & seluruh dunia...

Ramai Kakitangan Awam Berhutang

450,000 kakitangan awam dibebani hutang...

KUALA LUMPUR - Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua jabatan atau kementerian terbabit mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah kumpulan itu yang rata-ratanya hanya membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

Ahmad Shah menambah, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya.

Gejala Ponteng Kian Membimbangkan

Kami tak takut...

TELUK INTAN: “Sila ambil gambar kami bang! Siarlah dalam surat khabar...kami tak takut. Lagipun, kami nak berhenti sekolah,” itu antara kata-kata beberapa pelajar sekolah yang ponteng di lokasi tersembunyi sekitar pekan Sungai Manik, dekat sini.

Sekumpulan lima hingga enam pelajar terbabit turut melambaikan tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebelum menunggang basikal meninggalkan lokasi persembunyian di sebuah ladang kelapa sawit selepas menukar pakaian sekolah.

Fenomena ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di kawasan bandar ini dan Taiping semakin teruk dan membimbangkan ibu bapa serta Jabatan Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Bahagia, Tajul Hasnan Mohd Rashid, 64, berkata gejala ponteng membabitkan beberapa sekolah menengah di bandar ini semakin serius sejak empat tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga mengesan sekumpulan pelajar terbabit dipercayai berasal dari Kampung Bahagia serta Sungai Manik menjadikan kafe siber di beberapa pasar raya di bandar Taiping sebagai lokasi ‘berseronok’.

“Sebelum ke lokasi itu, mereka menjadikan beberapa kawasan kunci air seperti Kunci Air Sungai Suli, Kunci Air Kampung Kebun Limau dan rumah kosong sekitar Kampung Bahagia untuk menyalin pakaian.

“Saya sudah maklumkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Daerah Hilir Perak dan ibu bapa pelajar terbabit, tetapi tidak ada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lebih mengecewakan, apabila aduan dibuat kepada ibu bapa, mereka membela anak masing-masing dan tidak mempercayai perbuatan itu dilakukan anak mereka.

“Ada ibu bapa mengatakan anak mereka ke sekolah dan pulang selepas waktu sekolah, tetapi tidak sedar mereka ditipu,” katanya.

Tajul Hasnan berkata, masalah itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat JKKP dan sudah membuat aduan ke pejabat pendidikan daerah.

Namun, tidak ada sebarang tindakan diambil, malah kegiatan ponteng itu terus berlaku.- H. METRO

6.27.2009

Pelajar Serang Rumah Guru

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Tugas guru kian mencabar.....

Cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru terutama guru disiplin pada masa ini kian mencabar. Segala tindakan guru adalah berniat untuk mendisiplinkan pelajar agar tidak melanggar peraturan sekolah dan yang pastinya dalam hati seorang guru ingin melihat anak muridnya berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malahan menjadi pelajar yang berakhlak.

Oleh kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan guru disiplin merotan seorang rakan mereka atas kesalahan ingkar arahan guru, sekumpulan pelajar yang masing-masing berumur 15 tahun menyerang rumah guru tersebut.

Mereka datang dengan penuh rasa dendam dan marah. Setibanya di rumah guru itu, kumpulan tersebut mula membuat bising. Mereka semakin ganas dengan menjerit dan mencabar guru terbabit supaya keluar dari rumah.

Guru tersebut hanya mengintai dari tingkap rumahnya, melihat tiga daripada mereka terbabit memanjat pagar rumahnya. Bagaikan dirasuk hantu, kumpulan itu mula menggegarkan pintu jeriji rumah guru berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dua buah kereta milik guru tersebut, Proton Waja dan Proton Satria turut dirosakkan.

Tindakan ganas ini bukanlah aksi filem atau perlakuan ah long, sebaliknya kumpulan pelajar sekolah yang tidak berpuas hati selepas salah seorang rakan mereka dirotan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, guru berusia 38 tahun itu berada di rumahnya di Kampung Paya Resak, Bukit Payong bersama isteri dan seorang anaknya.

Masihkah ada jaminan keselamatan kepada guru disiplin pada masa ini bagi menghadapi gelagat pelajar ala samseng jalanan ....

6.26.2009

Hukum Hudud : PAS Lebih Ke Depan Berbanding UMNO

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri

Nampaknya parti komponen BN masih tidak jelas dengan Hukum Hudud. Di sini cuba kita sama-sama fikirkan mengapakah parti-parti komponen seperti Gerakan ini masih lagi keliru dengan perlaksanaan Hukum hudud.

Wak rasa pemimpin kita sendiri kabur dan sengaja mengkaburkan tentang hukum hudud, bukan sahaja dikalangan orang yang bukan Islam malahan juga dikalangan orang-orang Melayu yang majoritinya Islam.

Berbanding dengan PAS yang kini lebih ke hadapan dalam isu hukum hudud sehingga orang yang bukan Islam boleh menerima parti itu malahan mereka menjadi ahli sekutu PAS. Inilah perbezaan yang jelas lagi nyata dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS berbanding UMNO.

Malahan jika kita lihat pemimpin-pemimpin bukan Islam (kecuali Karpal Sigh) dari Pakatan Rakyat telah faham dan tidak lagi menentang cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud jika PR dapat memerintah.

Walaubagaimanapun diucapkan tahniah kepada Datuk Jamil Khir Baharom yang berani menyuarakan isu hukum hudud di Dewan Rakyat. Macamana pulak dengan respon dari pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu yang diketengahkan ini.

Apa yang perlu pemimpin-pemimpin UMNO lakukan dari sekarang ialah mengambil contoh PAS dalam membuat pendekatan bagi memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada semua lapisan rakyat supaya mereka tidak lagi keliru seperti apa yang berlaku kepada parti Gerakan.

Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

Kes Buli Di Sekolah Agama

Pengsan dibelasah pelajar senior...

Apa nak jadi dengan pelajar sekarang.... Kes buli masih berlaku di sekolah dan yang amat menyedihkan ia berlaku di dalam sebuah surau sekolah agama.

Kalau nak kata dia orang ni cetek pengetahuan agama, tapi bersekolah di sekolah agama. Apa yang tak kena dengan sistem pendidikan kita sekrang ini.

Semua pihak perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi dimasa hadapan. Ibu bapa dan pihak sekolah serta PIBG perlu duduk semeja mencari jalan penyelesaian bagi membendung gejala yang tidak sihat ini.

ROMPIN – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di sini dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior sekolah tersebut kelmarin.

Malah Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah dan dipijak-pijak oleh empat pelajar senior berumur 16 dan 17 tahun yang dikatakan bertindak demikian untuk ‘suka-suka’.

Terdapat beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak membantu mangsa sebaliknya melihat kejadian itu dengan selamba.

Cerita Ashraf, kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi iaitu di surau sekolah itu.

Sebelum itu, katanya, surau tersebut dipenuhi ramai pelajar yang mahu menunaikan solat sunat witir termasuk dirinya.

Menjelang tengah malam, Ashraf memberitahu, kebanyakan pelajar beredar ke asrama tetapi dia masih berada di luar surau bersama beberapa pelajar lain.

“Tiba-tiba saya ditolak masuk semula ke dalam surau oleh seorang pelajar senior sebelum lampu dipadamkan.

“Di dalam surau itu saya dibelasah serta dipijak-pijak di muka, tangan dan bahagian badan lain hingga pengsan dalam gelap,” katanya ketika ditemui di Felda Keratong 4 di sini malam tadi- KOSMO

6.25.2009

H1N1: 3 kes tempatan, jumlah 91

H1N1 terus bertambah...

Tiga lagi kes penularan tempatan jangkitan selesema A (H1N1) disahkan hari ini daripada 11 kes baru menjadikan semuanya 91 kes, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di Putrajaya.

Semalam kerajaan bercadang mengambil langkah mengetatkan pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa setelah jumlah kes wabak ini meningkat mendadak 400 peratus dalam seminggu.

Kes jangkitan tempatan melibatkan seorang lagi warganegara Yaman dan dua rakyat Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 91 kes iaitu 77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan," Liow dipetik berkata.

"Daripada jumlah itu 35 kes sudah sembuh dan selebihnya masih menerima rawatan."

Semalam dua warga Yaman, pelajar yang mengambil kursus bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, dikelaskan sebagai kes penularan tempatan selepas dijangkiti seorang rakan mereka yang pulang dari Bangkok.

Setakat ini, jumlah sekolah yang ditutup masih kekal empat buah.

6.24.2009

Kegiatan Penipuan Pakej Umrah @ Haji

Hati-hati dengan tawaran pakej umrah murah - Matta

Kepada sesiapa yang berniat untuk mengerjakan ibadah umrah, perlu berhati-hati dengan tawaran hebat yang diberikan oleh sesetengah pihak terutama syarikat-syarikat yang tidak pasti tentang kewujudannya.

Bukan saja pakej umrah, malahan pakej haji juga ada yang menipu dengan mengambil wang namun pakej yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud. Ini terjadi sendiri kepada seorang kakak yang sama-sama mengajar di tempat Wak. Beliau suami isteri pada musim haji tahun lepas telah kerugian sehingga mencecah RM32K.

Yang sedihnya semua urusan termasuk kelulusan cuti, majlis kenduri doa selamat dan lain-lain persiapan telah disediakan. Tak silap kurang dua tiga hari baru dapat tahu bahawa pakej yang ditawarkan itu tidak mendapat kelulusan visa. Kakak ni berurusan dengan agen sebuah agensi yang menguruskan pakej haji secara persendirian.

Kawan-kawan sekadar simpati dan mungkin ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati untuk berurusan dengan agensi haji @ umrah. Walaupun kes ini telah dibawa kepada pengetahuan pihak polis, namun sehingga kini belum dapat diselesaiakan lagi dan yang pastinya wang ringgit yang telah sekian lama dikumpulkan hangus begitu saja.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.

Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Mohd. Khalid menjelaskan, bahawa kos semasa pengendalian pakej umrah sepatutnya berharga antara RM5,000 dan RM6,000, merangkumi tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang terpedaya terdiri daripada masyarakat luar bandar yang kurang pendedahan dan kurang arif berkenaan dengan terma dan syarat pengendalian pakej umrah.

“Kebanyakan mereka ini teruja dengan harga yang rendah serta terpedaya dengan personaliti baik dan alim yang ditonjolkan oleh wakil agensi pelancongan berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

6.23.2009

PPSMI : CUKUPLAH..JANGAN DITANGGUH LAGI

Keputusan isu PPSMI awal Julai ...

Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.- Malaysiakini

Wabak H1N1 Membimbangkan

Sekolah ke-3 ditutup kekang H1N1...

Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

ACI ACI BUKA PINTU.....

Pintu oh pintu...

Aci-aci buka pintu
Ana balik pukul satu...
Aci-aci buka pintu
Ana takut burung hantu...

Wak teringatkan lagu ni semasa zaman kecil-kecil dahulu... Suka sangat dengan lagu nii. Boleh hafal dia punya senikatanya.

La ni ada pihak dah ‘tutup pintu’, tetapi sebelah pihak lagi satu masih ‘buka pintu’ dalam isu Kerajaan Perpaduan. Macam kata orang lama-lama ‘pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong’.

Selepas gagal melamar Pakatan Rakyat menyertai Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata BN tidak perlukan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini.Najib berkata dakwaan bahawa kerajaannya lemah sehingga memerlukan sokongan mandat dari Pakatan Rakyat adalah tidak benar, katanya lapor Bernama.

Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini menutup semua saluran membincangkan isu kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional. Keputusan ini disusuli dengan kenyataan dari Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu yang diperbesar-besarkan media perdana dan membulat tekad melawan Umno-BN.

Najib bagaimanapun berkata Umno akan terus membuka pintu untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan.

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE IPTA SESI 2009/2010

Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA

https://upu.mohe.gov.my/semakstpm


ATAU

http://upu.mohe.gov.my/

UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP JPT) di talian seperti berikut :-

Talian Am : 03-88835801/5802
Talian Hotline (10 Talian) : 03-88835858
Talian Helpline : 03-88835848
Talian Faks : 03-88894260

Isu Kerajaan Perpaduan Diberhentikan Serta Merta

Sepakat membawa berkat....

22 Jun 2009: Akhirnya kemelut dalaman PAS berkaitan ‘Kerajaan Perpaduan’ dapat diselesaikan dalam satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara. Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

6.22.2009

Terbuka Indonesia : Dua Gelaran Milik Malaysia

Chong Wei, beregu wanita juara

Petang semalam Wak sempat menonton kat TV1 aksi-aksi bintang badminton di Terbuka Indonesia. Sebenarnya Wak kini berada di Polisas, Kuantan kerana diamanahkan untuk mengetuai panel pemilih pemain badminton MASKOM untuk di bawa keperingkat SIPMA yang dijangka akan diadakan pada awal bulan Ogos.

Bertolak dari Melaka pukul 10 pagi dan tiba di Polisas dalam pukul 3 petang. Naik kereta dengan member. Dapat tengok badminton kat TV1 satu je lah. Itupun dah kira baik sebab kat dewan makan ada TV. Kalau tidak melopong la kau jang!

Datuk Lee Chong Wei membuktikan dia tetap pemain nombor satu dunia apabila muncul juara kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Indonesia, petang tadi, mengiringi kemenangan bermakna beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Chong Wei yang tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu, bangkit penuh bergaya bagi mengulangi kejayaan pada 2007 untuk bergelar juara Terbuka Indonesia, menewaskan pemain tempatan, Taufik Hidayat, 21-9, 21-14.

Taufik yang memburu kemenangan ketujuh kejohanan itu buat mengatasi rekod rakan senegara, Hardiwiranata, gagal memberi tentangan bermakna kepada Chong Wei yang nyata bermain positif dan menguasai permainan.

Kemenangan ketiga Chong Wei selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland itu, mengiringi kejayaan kombinasi Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking pertama dunia apabila mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie, 21-16, 21-16.

Kejayaan ini adalah yang pertama buat beregu ini selepas muncul juara beregu wanita Siri Masters Akhir di Kota Kinabalu, enam bulan lalu dan super siri kedua mereka selepas Terbuka Denmark tahun lalu.

Sementara itu, pemain India, Saina Nehwal, 19 mencuri tumpuan apabila bekas juara remaja dunia itu, muncul juara perseorangan wanita - kemenangan pertama buat wanita dari India - menewaskan pemain China, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

Dalam acara beregu lelaki kombinasi China, Chai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan beregu negara, Koo Kien Kiat-Tan Beng Heong di separuh akhir kelmarin, tewas kepada pemain Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-15, 21-18.

China hanya meraih kemenangan dalam acara beregu campuran selepas gandingan Zheng Bo-Ma Jin menewaskan beregu Korea, Lee Yong Dae - Lee Hyo Jung, 21-17, 8-21, 21-16.

6.21.2009

Luqman Bapa Mithali

SELAMAT HARI BAPA...



Wak mengambil kesempatan pada entri kali ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada seluruh insan yang bergelar bapa.

Wak titipkan sedikit catatan untuk menjadi panduan pada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam mendidik anak-anak.

Dalam surah Luqman, secara panjang lebar Allah SWT menceritakan kisah seorang bapa yang bernama Luqman bersama anaknya. Pastinya bukan ‘saja-saja’ tanpa sebab Allah SWT nukilkan kisah-kisah para bapa ini di dalam al-Quran. Pastinya untuk manusia mengambil pengajaran dan contoh teladan.

Khususnya dalam mendidik anak, para bapa tidak perlu ragu dengan kebijaksanaan Luqman. Ini kerana Allah SWT tegaskan telah mengurniakan pimpinan-Nya kepada Luqman sehingga kerana itu beliau dikenali dengan gelaran al-Hakim.

Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak. Dalam ayat ketiga belas hingga sembilan belas daripada surah Luqman akan ditemui kaedah bagaimana cara penyampaian didikan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak. Demikian juga apakah pengisian ilmu dan pokok-pokok ajaran yang hendak diterapkan dalam diri anak-anak mengikut tertib dan keutamaannya sekali.

Diantara nasihat Luqman kepada anaknya ialah :

1.Hendaklah engkau selalau berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2.Janaganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3.Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan dating tiba-tiba.

4.Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah takwa sebagai kapalnya.

5.Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6.Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah-lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara-maramu melainkan engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7.Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

6.20.2009

PAKU DULANG PAKU SERPIH

‘undi BN (Barisan Nasional) juga boleh masuk syurga’

SHAH ALAM – Pas menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri :Muhyiddin Yassin yang menyebut ‘undi BN (Barisan Nasional) juga boleh masuk syurga’ sebagai taktik terdesak meraih soko-ngan rakyat selepas sedar peluang BN menang di Manek Urai, 14 Julai ini tipis.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, beliau hairan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu sedangkan BN sebelum ini pernah menghentam Pas menggunakan isu ‘undi Pas masuk syurga’ dalam kempen-kempen pilihan raya umum ke-11 lalu.

“Ini kenyataan terdesak, mungkin dia telah ‘mencium’ bahawa calonnya akan kalah teruk pada pilihan raya kecil Manek Urai nanti, ini modal lama UMNO,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Muhyiddin semalam berkata, sama ada rakyat mengundi BN atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga kerana perkara yang menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

:Timbalan Perdana Menteri itu berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

:Dalam pada itu, Salahuddin menyelar kenyataan Muhyiddin yang dilihat sengaja membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan dengan mengharapkan rundingan mengenainya dapat diadakan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, ia adalah satu lagi gimik BN bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam Pas dan hubungan parti dengan komponen Pakatan Rakyat.

“Saya nak tegaskan, tidak ada apa-apa keputusan untuk mengadakan perbincangan atau pertemuan ataupun apa yang disebut kerajaan perpaduan itu dan jauh sekali untuk menyertai UMNO. Ini keputusan Muktamar Pas baru-baru ini,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sehingga Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi kembali kembali dari luar negara.

Sujud Syukur Ke Niiii....

Tapi pakai seluar pendek laa bro.... Tak tutup aurat, tak sesyuaiiiii!



PARA pemain Mesir meraikan kejayaan Mohamed Homos (12) menjaringkan gol kemenangan untuk Mesir ke atas juara dunia, Itali dengan melakukan sujud di atas padang pada persaingan kumpulan B, Piala Konfederasi di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, kelmarin.

JOHANNESBURG - Mesir berjaya memalukan juara dunia, Itali 1-0 yang terus tertekan jika tersingkir daripada Piala Konfederasi berikutan prestasi terumbang-ambing mereka.

Mohamed Homos merupakan wira pasukan Mesir selepas melakukan jaringan menerusi tandukan pada minit ke-40 yang sudah cukup untuk memberikan mereka kemenangan di hadapan 51,000 penyokong dan perlu berterima kasih di atas ketangkasan penjaga gol, Essam al-Hadary yang menyelamatkan beberapa percubaan.

Mesir dan Itali berkongsi mata dengan masing-masing mengumpul tiga mata dalam Kumpulan B dengan Mesir menjadi pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir. -AP

6.19.2009

Hukum Sertai Pertandingan Memancing

Sekadar renongan terutama kepada kaki pancing....

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

6.18.2009

Peta Google Malaysia

http://maps.google.com.my

Menemui anda dengan akses carian Internet yang lebih mudah dan yang paling penting, berjiwa Malaysia. Google Inc. membawa berita baik kepada warga Malaysia apabila ia melancarkan secara rasmi laman Google Maps Malaysia.

Peta Google Malaysia menyediakan satu platform khusus kepada warga Malaysia untuk mencari informasi berbentuk kedudukan geografi sesuatu tempat atau kawasan.

Sekiranya anda menaipkan nama sesebuah jalan raya, anda bukan sahaja berpeluang melihat imej satelit tempat itu tetapi memperoleh ketepatan jarak dan masa.

Percuma dan mudah dikendalikan, khidmat ini boleh dieksploitasi mengikut kesesuaian masing-masing sama ada daripada komputer peribadi atau meja dan telefon bimbit.

Dianggarkan 15 juta pengguna Malaysia dapat mengembangkan lagi sektor kepenggunaannya dengan hanya menaip kata kunci dalam ruang carian.

Komprehensif dan mudah mencari sumber pada masa sebenar, Peta Google Malaysia selangkah ke hadapan dalam menyediakan bahan-bahan maklumat yang diperlukan dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, tempat kerja atau semasa berada di luar.

Ia menayangkan teks dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan Tamil serta Inggeris. Masyarakat tempatan dan pelancong juga pada masa yang sama digalakkan supaya menyumbang dokumen berbentuk teks, gambar hinggalah klip video.

Secara amnya, peta Google di peringkat dunia berjaya mengkhusus data jalan raya yang terperinci di lebih dari 100 buah negara.

Menariknya ialah 20 juta peta mengenai sesebuah jalan raya itu dimasukkan sendiri oleh pengguna dari serata dunia.

Jika anda masih belum mengenali dan mencuba khidmat ini, segera ke laman http://maps.google.com.my hari ini.

Kerajaan Perpaduan : Perangkap UMNO Mengena

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _

6.17.2009

Kes Tempatan Pertama H1N1 Dikesan

Sama-sama berdoa semoga dijauhkan dari wabak ini...

Jangkitan selesema A (H1N1) semakin serius di negara ini, susulan berlakunya penularan wabak tersebut di peringkat tempatan yang pertama pada pesakit ke-19 daripada 23 kes, sejak sebulan lalu.

Pesakit berkenaan, seorang pelajar perempuan 17 tahun, dijangkiti daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin apabila tidak memaklumkan pernah berhubung dengan pelajar perubatan kes terdahulu.

Akibatnya, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kegagalan itu menyebabkan 20 orang lagi berkemungkinan terdedah kepada jangkitan H1N1.

Kementerian juga memaklumkan bahawa lima lagi kes influenza itu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," kata Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Kes pertama penularan tempatan (kes ke-19) adalah seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun, warganegara Malaysia yang tidak mempunyai sejarah melawat negara (asing) yang telah diisytiharkan berlaku wabak Influenza A(H1N1).

Tambahnya lagi, sesuai dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A(H1N1) bil. 5/2009, kementerian juga mengeluarkan arahan seperti berikut:

i. Orang awam tidak digalakkan untuk melawat hospital. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dilarang pergi atau dibawa melawat ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan.

Setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua orang pelawat berumur lebih 12 tahun pada satu-satu masa. Masa lawatan di hospital kerajaan dan swasta akan dipendekkan.

ii.Saringan demam akan dilakukan kepada semua pelawat yang datang melawat pesakit di semua hospital kerajaan dan swasta.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes agar menghubungi melalui talian 03-88 81 02 00 atau 03-88 81 03 00 untuk mendapatkan nasihat kesihatan termasuk keperluan kuarantin di rumah.- Malaysiakini

SEMAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI

Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Komuniti sesi Julai 2009...



Semua pemohon untuk melanjutkan pelajaran peringkat sijil di kolej komuniti boleh membuat semakan status permohonan sekarang.

Untuk membuat semakan sila klik di sini

Internet : Peringatan Untuk Penjawat Awam

Penjawat awam dilarang guna modem untuk capaian terus Internet...

Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya.

Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

Najib berkata kerajaan juga telah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari.

Beliau berkata sehingga kini sembilan orang telah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM.

Dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Najib berkata Bank Negara Malaysia sentiasa memantau pematuhan garis panduan kepada pengeluar kad kredit.

“Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, BNM berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit terbabit di bawah kuasa yang termaktub di dalam Akta Sistem Pembayaran 2003 selepas kajian menyeluruh dilakukan ke atas ketidakpatuhan tersebut dan jenis tindakan yang diambil bergantung kepada tahap ketidakpatuhan,” katanya. — BERNAMA

6.16.2009

Lagi Perihal Guru Yang Memalukan

Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral...

Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan empat murid di sebuah sekolah rendah di Bintulu yang dipaksa melakukan oral seks selain diambil gambar lucah oleh seorang guru lelaki berusia 24 tahun di sekolah terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah merekodkan kenyataan daripada guru terbabit dan murid terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan.

Polis masih menyiasat kes itu dan belum ada sebarang tangkap dibuat setakat ini, katanya, lapor Bernama

"Guru terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa...kita hanya akan melaksanakan tangkapan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris setempat hari ini menyebut kejadian itu didakwa berlaku antara 14 Mei dan 15 Mei lalu, membabitkan murid Tahun Dua dan Tahun Empat.

Guru Besar dan warden sekolah terbabit difahamkan membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, semalam.

Berita lanjut klik di sini

Mencemarkan Profesion Perguruan

Cemar etika, martabat guru....

Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.

“Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.

Lebih memualkan, guru terbabit turut mendakwa tindakannya itu sebagai pendedahan awal kepada gadis berkenaan dalam menempuh alam remaja.

Guru terbabit juga kenalan ibu dan bapa remaja berkenaan dan kegiatan itu terbongkar selepas pelajar tingkatan empat itu mahu menukar guru tuisyen dan selepas didesak keluarga, dia menceritakan kejadian sebenar.

6.15.2009

Fenomena El Nino : Cuaca Paling Panas

El Nino datang lagi Ramadan ini...

Jerebu yang sedang melanda Kuala Lumpur merupakan petanda awal kedatangan El Nino. Pada Ogos ini, umat Islam khasnya di sekitar Lautan Pasifik buat julung kali akan merasai ‘kehangatan’ Ramadan seiring kemunculan fenomena El Nino.

Ramadan ini dijangka mengalami cuaca paling panas berikutan fenomena El Nino. Kali ini ujian sebenar Ramadan menyamai saudara seagama di bumi gersang Asia Barat.

El Nino dikatakan tanpa disedari sudah terbentuk namun kekuatannya cuma dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Justeru Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merangka beberapa langkah awal bagi mengurangkan kesan fenomena itu.

Fenomena el nino bukanlah cuaca luar biasa malah selalu berulang pada setiap empat tahun. Malangnya, kita seperti tidak belajar daripada sejarah dan ia dapat dilihat ketika kejadian El Nino terburuk berlaku pada 1982, 1983, 1997 dan 1998. Waktu itu, negara teruk dilanda jerebu dan lebih parah, mengalami kekurangan bekalan air mentah.

Apa yang diharapkan, pihak berkuasa perlu menghadapi El Nino dengan penuh persediaan rapi, bukan digerunkan dengan amaran krisis air yang bakal melanda akibat beberapa empangan mengalami susut stok tadahan.

Hakikatnya, fenomena berulang itu tidak banyak mempengaruhi purata iklim setempat. Sebaliknya cuaca panas melampau kebanyakan disumbangkan oleh faktor persekitaran semasa seperti penebangan hutan dan pembakaran sengaja.

Lazimnya, antara ungkapan popular yang sering menjadi petua orang kita mengenai petunjuk ketibaan bulan Ramadan ialah azan Maghrib semakin awal. Juga suhu panas pada tengah hari sesuai dengan maksud asal Ramadan dalam bahasa Arab.

Semoga ramadan yang akan bakal datang nanti akan lebih memberi pengajaran yang penuh bererti kepada kita semua seiring dengan hadirnya fenomena el nino.

6.14.2009

Mufti Perak Sokong Siasat SIS

Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS...

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

6.13.2009

Ais Krim Goreng Special

Jalan-jalan cari makan...

Semasa Wak dan family berada di Kuala Terengganu baru-baru nii, sempat singgah makan kat medan selera Batu Buruk. Banyak pilihan gerai menjual makanan dan minuman, dan makanan yang tak de kat tempat lain, 'ais krim goreng special'.

Wak rasa selama duduk kat Negeri Sembilan dan Melaka, taka pernah lagi jumpa benda ni. Kita orang pun order laa satu nak cuba sebab tak pernah jumpa. Rasanya kat Batu Pahat pun Wak tak pernah jumpa.

Sambil menunggu ais krim goreng nii, jenoh Wak nak menjawab persoalan dari anak Wak si Irham dan Irfan. Mcam-macam yang ditanya.... Diorang 'pelik bin ajaib' macamana ais krim boleh digoreng.

Bila dah sampai kat meja kita orang, punyalah lama membelek benda nii. Boleh tahan jugak rasanya. First time kita orang makan ais krim goreng special. Memang special..

Akhirnya Zaid Ibrahim Sertai PKR

Zaid Ibrahim sah sertai PKR

BANGI 13 Jun — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

“Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan,” katanya.

Anwar berkata sehubungan itu pada mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang akan datang yang dijangka membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan jentera sekretariat Majlis Pakatan pembangkang itu, beliau akan mencadangkan supaya Zaid dilantik bagi membantu sekretariat tersebut.

Ditanya kedudukan Zaid dalam PKR, Anwar berkata disebabkan oleh kewibawaan dan pengalamannya, Zaid akan dilantik menganggotai Biro Politik parti serta ahli majlis kepimpinan pusat selepas parti mengadakan mesyuarat dan seterusnya mendapat persetujuan presiden.

Sementara itu Zaid yang turut hadir sidang media berkenaan berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu. “Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.

“Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan,” katanya.

Zaid berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR dan selepas lama berehat dan hari ini adalah hari yang paling sesuai kerana ia juga hari yang dianggap bersejarah dalam PKR.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep multi-racial yang diperjuangkan parti itu.— BERNAMA

6.11.2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Sama-sama kita amalkan...

Empat perkara menguatkan badan :
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. Banyak berkelamin
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak maan bahan yang masam

Empat perakara menajamkan mata :
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama’

6.10.2009

Stadium Menjadi Tarikan Pelancung

Satu lagi lokasi yang menjadi tarikan pelancung di Kuala terenggau...

Semasa Wak ke di Kuala Terengganu, Wak berkesempatan melawat ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Yang menariknya, ramai pulak yang melawat di sini termasuk satu bas rombongan yang entah dari mana. Nampak gaya dari Korea.

Masa Wak sampai kat situ adalah dekat 10 kenderaan yang saja datang nak tengok sendiri apa dah jadi dengan stadium ni. Siap ada brader jual air dan makanan ringan kat sini. Ini menunjukkan ramai juga pengunjung ke sini untuk melihat sendiri salah satu keajaiban di dunia...

Wak pun sempat bergambar dengan anak-anak kat depan stadium ni. Tak boleh nak pegi dekat sebab ada tali penghalang. Bergambar buat kenang-kenangan....



KEJOHANAN SUKAN IPTA KE 34

Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah...

Dah beberapa hari Wak tak update blog nie.. Rindu rasanya melayan blog-blog yang biasa Wak kunjungi. Sebenarnya Wak terlibat sebagai peserta pasukan badminton campuran mewakili Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam sukan permainan antara IPTA kali ke-34.

Kali ni UMT menjadi tuan rumah. So dapatlah Wak berjalan ke Kuala Terengganu. Bawak sekali satu family... kebetulan cuti sekolah, jalan-jalan cari makan.

Pergi ke KT tak bawak Note book so tak de la nak update blok nie.... Bukan apa, kita sibuk dengan aktiviti takut blog kemana, note book kemana... Maklumlah benda ni ramai yang berminat. Tak boleh leka sikit...

Oleh kerana pasukan KPT kecundang di tengah jalan... so Wak pun balik awal ke Melaka. Setelah 4 hari 3 malam kat Kuala Terengganu, malam tadi Wak bergerak balik ke Melaka. Perjalanan cukup meletihkan....

Inilah barisan pemain pasukan badminton campuran KPT yang diwakili oleh 14 orang pemain dan 2 orang pegawai (Pengurus dan Jurulatih). Sempat bergambar sebelum kecundang dengan pasukan UKM (4 - 2).



Walaupun pasukan KPT tewas, namun semangat kesukanan tetap didahulukan. Kecewa memang kecewa tapi itulah adat permaianan. Ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Mungkin kalau diberi peluang sekali lagi pada tahun hadapan, pasukan KPT akan berjuang dengan lebih gigih lagi.

Walaupun Wak dan pasukan Wak tewas, namun isteri dan anak Wak (Irham dan Irfan) terus menjadi penyokong setia. Yang tak sedapnya bila dengar anak Wak si Irham komen permaianan Wak, "Ayah tak fokus!". Macam jurulatih pulak budak niee...

6.05.2009

Berhati-hati Dengan 'Bibik'

Datuk rugi RM4j, 2 bibik dicari...

Wak dah banyak dengar cerita pasal kerenah bibik nie.. Macam-macam cerita ada. Tapi yang banyaknya lebih kepada cerita yang negatif. Tu lah sebabnya Wak sendiri tak pernah ambik bibik.

Masa anak yang ke tiga nak lahir hari tu ada plan nak ambik bibik tapi rasa macam tak percaya dengan bibik ni. So terpaksalah hantar anak ke pusat asuhan. Cuma anak yang ke empat ni suruh adik yang baru habis SPM duduk rumah untuk menjaga anak-anak. Bayar gaji kat dia...

Tapi tak tau pulak sampai bila... Karang kalau adik ni nak sambung belajar, terpaksalah hantar anak-anak ke pusat asuhan.

Bila baca berita bibik larikan harta datuk sampai RM4 juta ni, lagilah tak percaya kat bibik. Mengalahkan perompak bank. Bayangkan bibik ni bila balik Indon bawak harta berjumlah RM4 juta, jadi orang terkaya kat Indon.... Sabor je lah!

KUALA LUMPUR 4 Jun – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerugian hampir RM4 juta apabila barang berharga miliknya dan keluarga hilang daripada simpanan di kediamannya di Bukit Tunku di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Dua pembantu rumah yang bekerja di kediaman ahli perniagaan berkenaan kini dicari polis bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu, kejadian dipercayai berlaku ketika ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu sedang bercuti di luar negara dan hanya menyedari kehilangan itu selepas pulang ke tanah air Isnin lalu.

6.04.2009

Bumbung Runtuh : Tiada Sijil Siap Kerja

'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'

KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam. - Bernama.

MUKTAMAR PAS KE 55

SELAMAT BERMUKTAMAR....



Selamat Bermuktamar kali ke-55 kepada seluruh Perwakilan PAS. Semoga terus mengekalkan situasi parti dalam keadaan yang penuh integriti melalui pemilihan kepimpinan yang terbilang dikalangan yang terbaik..

Semoga bakal pemimpin yang akan dipilih nanti bersedia memikul tanggubgjawab yang lebih besar dan mencabar terutama dalam menyiapkan parti untuk memerintah selepas PRU ke 13...InsyaAllah!!!

Jadual Muktamar...

3 Jun 2009

9.00 malam - Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.

4 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar Dewan Pemuda di Taman Melewar.

8.00 pagi - Muktamar Dewan Ulama di Dewan di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

8.00 pagi - Muktamar Dewan Muslimat di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

5 Jun 2009

8.00 pagi - Perasmian Muktamar Pas ke 55 di Stadium Melawati Shah Alam oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.

6 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bermula hingga petang.

7 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bersambung dan bakal habis hingga lewat petang. Keputusan pemilihan akan diumumkan pada hari ini.

6.02.2009

Bumbung Stadium Runtuh : "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL"

Kejadian Bumbung Stadium Runtuh Memalukan Negara..

Wak baru balik dari sesi latihan badminton kat Politeknik Shah Alam. Sesi latihan bermula pada hari semalam dan petang tadi baru habis. Dalam perjalanan balik ke Melaka Wak dengar berita Radio Sinar yang menyatakan Stadium Sultan Mizan Kompleks Sukan Gong Badak runtuh.

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti2 Malaysia akan bermula esok sehingga 13 hb Jun dan Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah karnival sukan yang ke 34, 2009.

Wak cuma jadi pak sebok jee... wakil badminton untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Rombongan KPT bergerak malam ni tapi Wak gerak lambat sikit. Bawak family sekali. Jalan-jalan cari makan sempena cuti sekolah.

Nasib baik bumbung stadium runtuh hari niii... Kalau ditakdirkan esok time majlis perasmian kejohanan sukan ni, sudah pasti ada kemalangan jiwa yang akan berlaku.

Apapun kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pagi ini amat memalukan negara dan pastinya kerajaan BN. Sebab apa.... perasan tak ayat nii "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL".

Kalau kita perasan, ayat ni biasa kita jumpa terpampang kat papan tanda bagi projek-projek yang dibina oleh pihak kerajaan yang memerintah. So, ketika stadium ni dibina, kerajaan mana yang memerintah??? Apa lagi bro... BN dan MB ketika itu Idris Jusoh.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, hampir 60 peratus struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh menyebabkan besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk.

Dipahamkan bahawa stadium berharga RM292 juta itu baru siap setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Ia menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Tapi apa nak buat.... Siasat le jangan tak siasat!!!! Rakyak sedang memerhati apa yang sedang berlaku ini.... yang pastinya "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" tersungkur ke bumi.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails