9.17.2009

Hari Jumaat Dah Cuti Sekolah

Anak-anak dah tak sabar nak balik kampung ...

Semalam balik dari sekolah, anak Wak si Irfan dan Irham bagi tau sekolah dia orang dah mula cuti hari Jumaat nie. Sibuk dia orang tanya bila nak balik kampung. Wak memang bercadang petang Jumaat selepas solat Jumaat gerak balik kampung.

Malam tadi orang rumah dapat call dari PK1. Dia bagi tau sekolah orang rumah pun dah dapat maklumat yang hari Jumaat dah cuti. Apa lagi anak-anak dah mula merancang nak balik kampung petang ni jugak. Dia orang x-cited sangat nak balik kampung.. dapat berbuka kat rumah nenek dia... dapat berjumpa sepupu sepapat...

Banyak Wak nak pikir bila nak tinggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. Pikir pasal pokok-pokok bunga dan jugak ikan belaan kat aquarium... sape pulak nak bagi makan. Terpaksalah mintak tolong jiran sebelah yang selalunya balik kampung tak lama.

Apa pun balik kampung kali Wak ada misi dan visi tersendiri. Wak nak jumpa member-member lama untuk persiapan PRU-13. Wak dan beberapa member kat kampung bercadang nak bukak cawangan... Pada lain entri Wak akan cerita...

Rasanya dah lama kita orang mengimpikan bulan purnama mengambang di pekan Parit sulung atau di Seri Medan......

Ok.. kepada teman-teman yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Wak doakan semoga sampai ke destinasi yang dituju.


Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. BERNAMA

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails